PETIKAN SYAIR

'SaudaraMu yang sebenarnya ialah orang yang berada besertamu dan orang itu mengorbankan dirinya sendiri dalam bahagia, semata-mata untuk kemanfaatan dirimu. Itulah sahabatmu, yang apabila kamu dalam keadaan bimbang, ia sentiasa mengatakan secara terus terang kepadamu serta rela mencurahkan tenaga dan kekuatannya semata-mata untuk berkumpul denganmu'

Friday 22 April 2011

BLOG BARU UNTUK BATCH PPISMP SEMESTER 2

Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana masih membenarkan lagi untuk kita bernafas di muka bumi ini untuk meneruskan perjuangan sebagai seorang hamba ALLAH dalam menegakkan panji-panji islam ini.

Hari ini 23/4 tertubuhlah blog BATCH PPSIMP SEMESTER 2 AMBILAN JUN 2010. Blog ini bukanlah bertujuan maksiat tetapi untuk mengajak anda semua sebagai seorang hamba Allah 'memahami dan menghayati' sejenak tujuan kita dihidupkan di dunia ini lagi.

Zaman sudah berubah, maka tenaga dan kerja-kerja dakwah juga perlu dikuatkan dan 'disesuaikan' mengikut kaedah mad'u itu sendiri. Populariti blog untuk golongan remaja semakin meningkat sejak akhir-akhir ini dan mendapat sambutan hangat daripada mereka yang 'tergila-gilakan' laman sesawang ini lebih-lebih lagi golongan muslimat. Maka, hari ini tuntutan dakwah itu menyeru saya dan rakan-rakan seperjuangan batch lain menubuhkan blog ini untuh menghayati 'tujuan asal kita dihidupkan'.

Untuk itu, gerak kerja blog ini bukanlah tertumpu pada diri saya seorang tetapi melibatkan kesemua ahli batch PPISMP semester 2 sama ada terlibat secara langsung atau tidak langsung. Untuk itu blog ini akan dikategorikan dalam beberapa kategori antaraya artikel bahasa melayu, artikel bahasa inggeris, komik, sajak,syair,puisi,  gambar, video dan kemungkinan juga artikel bahasa arab.

Kesemua bahagian post tersebut akan dikendalikan orang yang tertentu yang akan 'mengepost' dalam blog ini.
Jika anda berminat untuk blog ini dan mahu bekerja dalam jamaah PPISMP semester 2 ini, dipersilakan. Mungkin bakat anda boleh diterjemahkan untuk membantu gerak kerja islam walaupun sumbangan anda kecil tetapi Allah sudah berjanji akan membalas jasa baik anda itu kelak di akhirat.Allah berfirman yang bermaksud:
 'siapa yg berbuat baik walau sekecil zarah sekalipun, maka Allah akan membalasnya'
surah al-zalzalah: 7

Berminat?

Hubungi saya Mohamad Izwan bin Zainal Abidin
PPISMP 2.01 (2011)

No comments:

Post a Comment