PETIKAN SYAIR

'SaudaraMu yang sebenarnya ialah orang yang berada besertamu dan orang itu mengorbankan dirinya sendiri dalam bahagia, semata-mata untuk kemanfaatan dirimu. Itulah sahabatmu, yang apabila kamu dalam keadaan bimbang, ia sentiasa mengatakan secara terus terang kepadamu serta rela mencurahkan tenaga dan kekuatannya semata-mata untuk berkumpul denganmu'

Saturday 23 April 2011

SLOT CERPEN: Takdir atau kebetulan?

Oleh: Diari Hati, PPISMP 2.01

“Abang Faris!!! Tak nak turun ke??”
“takpe la..pergi je…” ujarku tenang…
          Maka berlalulah ia terus ke padang. Insan yang baru sahaja menegurku itu adalah ‘juniorku’. Namanya Hafy. Kini dia masih belajar di tingkatan 2. Dia adalah juniorku yang aktif bersukan. Tiap-tiap petang, gelanggang bola tampar dan padang sekolah merupakan tempat untuk dia beraksi. Gelagatnya bermain, aku perhatikan dari tingkat atas asrama. Bertebaran manusia yang turun ke padang ketika itu. Sambil ku perhatikan bahawa kerdilnya manusia berbanding alam yang gah terbentang luas.
          Itulah kehebatan Yang Maha Pencipta. Matahari pula kian sujud ke bumi, maka pulanglah manusia-manusia itu dan bersiap-sedia untuk bertemu dengan-Nya. Aku melangkahkan kakiku ke dewan makan untuk santapan petangku. Seperti biasa, “Mak cik mi” itu bermesra denganku. Aku memanggilnya “Mak cik mi” kerana dia suka memberiku hidangan mee yang dimasaknya sendiri dari rumah.
“Faris, malam ni nak makan mi??”, ujar Mak Cik Mi kepadaku.
“Boleh jugak..bagi yang kaw punya..haha”, sendaku kepadanya.
“Ok, confirm baik punya”, Mak Cik Mi menunjukkan isyarat bagus kepadaku.
          Tawa memecah kekecohan di dewan makan Saidina A’li itu. Dewan makan ini diberi nama sempena nama sahabat nabi yang berani menentang kejahilan dan kekejaman insan jahiliah. Aku menikmati santapanku bersama junior-junior yang lain. Aku memang suka duduk bersama junior kerana dari situlah aku akan berukhuwah dengan mereka dan mudah untukku mengetahui masalah mereka kerana jawatan yang aku sandang ini memerlukan mereka semua. Aku menyandang jawatan Exco Dakwah dan Rohani disekolahku yang tercinta ini. Mengejut junior pada tiap-tiap pagi adalah tugas rutinku. Tidak hairanlah jika mereka semua mengenaliku.
          Seruan Yang Maha Esa jelas kedengaran di cuping telingaku. Aku segera menghabiskan baki makananku dan bergegas ke rumah-Nya. Solat pada tiap-tiap maghrib dan isyak akan diimamkan oleh ustaz yang di jemput untuk memberi tazkirah selepas solat Maghrib.

****************************************************************************************************
“Cuba kau tanya Abang Faris. Sebab dia yang buat semua ni.” Ujar Hafy kepada Fahri.
“Ish ..kau ni. Langsung tak nak tolong aku.” Rungut Fahri kepada Hafy.
“Aku tengah syok-syok ni..kau kacau line.” Balas Hafy.
“Yela.. aku ni kan pengganggu…” Ajuk Fahri.
          Maka, beredarlah Fahri dan datang kepadaku. Budak berdua tu kalau tak bercakaran bukan namanya Hafy dan Fahri. Mereka ini adalah sahabat baik. Tambahan pula mereka ini belajar di kelas yang sama. Fahri datang mendekatiku.
“Abang Faris, Fahri mengganggu tak??.” Tanya Fahri kepadaku.
“Tak.Kenapa?” Tanyaku kembali.
“Bukan apa, Fahri cuma nak tanya, penceramah ni dari mana.” Balas Fahri.
“Ohhh…ingatkan apa benda tadi…suspen dibuatnya…kenapa??seronok??” balasku diiringi senyuman.
“Haah..best sangat…” Fahri membalas.
“Nama penceramah ni..Ustaz Asyraf bin Suarin.. Ustaz ni imam besar masjid Shah Alam. Dulu dia sekolah kat sini jugak…time tu akhi pun tak masuk sekolah ni lagi.” Ujarku kepada Fahri.
“Ohhh…macam tu…barulah tahu…tadi Fahri tanya Hafy…tapi di loya buruk pulak…tu yang Fahri tanya abang ni..” Rungut Fahri kepadaku sambil menjelir lidah kepada Hafy..
“Tak apa…ish..apa jelir-jelir lidah ni…x elok la…akhi kerat nanti..baru tau…” Aku menyakatnya kembali.
“Hehe...tengok tu..akhi pun sama macam Hafy…suka sakat orang…” Balas Fahri dengan senyuman.
          Melayan budak-budak ni, kadang-kadang memang penat tapi, apabila melihat telatahnya, kelakar dibuatnya. Mereka berdua ini memang macam itu. Suka sangat menyakat antara satu sama lain. Kami pun meminjamkan semula telinga kepada Ustaz Asyraf.
****************************************************************************************************

Aku dan sahabatku bergerak ke dewan makan untuk santapan malam.
“Lukman, baguskan ustaz tadi tu…” Soalanku menjelma dan memecah kebisuan malam.
“haah…kalau ustaz datang hari-hari pun tak pa..” Balas Lukman singkat.
          Kami berdiskusi sementara menuju ke dewan makan. Banyak ilmu yang kami peroleh daripada penceramah hari ini. Kuliah tadi adalah tentang khutbah terakhir Nabi Muhammad SAW. Sebelum baginda wafat….
          Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

          Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang muslim sebagai amanah yang suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu pula. Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui TUHAN kamu, dan DIA pasti membuat perhitungan di atas sergala amalan kamu. ALLAH telah mengharamkan riba. Oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.

          Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.

          Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas para isteri kamu, mereka juga mempunyai hak diatas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu, maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak suka ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

          Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini. Sembahlah ALLAH, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan ramadhan dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap muslim adalah saudara kepada muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak seorang yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam taqwa dan beramal soleh.

          Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap ALLAH pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan di atas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

          Wahai manusia, tidak ada lagi nabi dan rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. . Itulah Al-Quran dan Sunnahku.
          Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku menyampaikannya pula kepada orang lain, dan hendaklah orang lain itu menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang mendengar terus dariku. Saksikanlah ya ALLAH bahawasanya telah aku sampaikan risalahmu kepada hamba-hambamu.
          Sebak hatiku mendengar khutbah terakhir insan yang paling mulia itu. Timbul dihati kecilku, adakah cukup kasihku terhadap insan agung ini??. Setibanya di dewan makan, Mak Cik Mi menyapa kami. Lamunanku terhenti dan diganti dengan sapaan mentari.
“Belangkas ni dah makan??” Usik Mak Cik Mi.
          Tertawa kami mendengar ungkapan Mak Cik Mi itu. Mak Cik Mi memanggil kami belangkas kerana di mana ada Lukman di situ ada aku. Mak Cik Mi ini kami anggap umpama ibu kami sendiri. Masalah dia adalah masalah kami, sedihnya adalah sedih kami dan tawanya adalah tawa kami. Tiada halangan untuk kami bergurau dengannya. Mak Cik Mi pun sering mengambil berat terhadap kami berdua.
“Belum makan ummi…lapar sangat ni…hehe..” Sakat kami berdua.
“Mari sini anak-anak…Mak Cik ada hidangan special untuk korang berdua…” Balas Mak Cik Mi.
Kami berdua pun segera menghampirinya. Kami terlihat Mee Bandung yang istimewa. Terdapat 3 mangkuk di hadapan kami. Kami mengagihkannya sesama sendiri.
“Mak Cik…kenapa ada lebih satu ni??” Tanya Lukman.
Mak Cik Mi menjawab,”lagi satu ni…Mak Cik punya la…hang ni dah tau buat-buat tanya
pulak..”



          Kami tertawa sesama sendiri. Lukman ni kalau bab menyakat, memang
kegemarannya. Ada sahaja modalnya. Perangainya sama dengan Hafy. Mak Cik Mi ini
berasal daripada Kedah. Kami sudah biasa melayan loghat kedahnya itu. Lalu kami pun
menikmati hidangan Mee Bandung yang disediakan. Senda dan tawa ditemani bulan
dan bintang yang setia pada langit hitam yang terhampar.
****************************************************************************************************
(Bersambung…………)

No comments:

Post a Comment