PETIKAN SYAIR

'SaudaraMu yang sebenarnya ialah orang yang berada besertamu dan orang itu mengorbankan dirinya sendiri dalam bahagia, semata-mata untuk kemanfaatan dirimu. Itulah sahabatmu, yang apabila kamu dalam keadaan bimbang, ia sentiasa mengatakan secara terus terang kepadamu serta rela mencurahkan tenaga dan kekuatannya semata-mata untuk berkumpul denganmu'

Saturday 23 April 2011

ULASAN BUKU

Buku itu mampu 'mengubah' manusia melalui pembacaan dan penghayatan yang jitu. Benarkah begitu? bagi saya buku memainkan peranan yang penting dalam mematangkan pemikiran seseorang terutamnya bagi pemuda dan pemudi seperti anda semua.

Sebagai seorang dai'e dan guru, anda digalakkan membaca buku karya HILAL ASYRAF ini kerana buku-buku beliau memberikan inpak yang besar kepada pembaca yang bergelar da'ie. Kebanyakan buku karangan beliau memainkan isu 'ukhwah' sebagai tema utama dalam solusi untuk mengajak manusia melakukan kebaikan.

Saya tertarik dengan sebuah buku hasil nukilan beliau iaitu novel SINERGI. Novel ini cukup berkesan kepada diri saya khasnya kerana buku ini memaparkan perjuangan seorang pemuda yang bernama Irfan Hakimi yang telah berjaya mengharungi dugaan dalam kehidupannya sebagai seorang mahasiswa yang berjaya di universiti di Jordan.

Beliau amat rapat dengan seorang sahabatnya iaitu Zakwan, sehinggakan mereka umpama adik-beradik dan bagaikan belangkas. Mereka seperti tidak dapat dipisahkan lagi walaupun ujian bertalu-talu mengenai tepat ke arah mereka,namun dek kerana jiwa dai'e yang tebal, ditambah lagi tarbiyah daripada ahli PERMAI, mereka tidak pernah gundah dan resah.

Mereka terpaksa berhadapan dengan pelbagai konflik iaitu masalah DISASTER 5 yang sering menimbulkan kekecohan di Universiti tersebut, mereka menyebarkan gambar porno dalam laman web rasmi ahli PERMAI, mereka menfitnah Irfan Hakimi dan Zakwan sebagai gay, mereka meyebarkan gambar- gambar yang tidak sepatutnya dan pelbagai lagi. 

Namun, jiwa yang kukuh dan iman yang mantap kepada Allah, mereka berdua tidak pernah berputus asa dalam mengerjakan kerja-kerja dakwah, mengajak manusia kepada kebaikan dan mencegah daripada melakukan kemungkaran.

Walaupun pelbagai salah faham timbul antara Irfan dan Zakwan, namun kerana sikap 'berlapang dada' dalam persahabatan membuatkan jiwa mereka kembali utuh dan kurang perselisihan faham. Dakwah mereka kemudiannya diakhiri dengan pertolongan Allah, setelah lama bersabar dengan DISASTER 5, mereka berjaya akhirnya dengan bantuan rakan-rakan seperjuangan menarik minat DISASTER 5 tentang keunikan Islam itu melalui ukwah yang padu.

 Disaster 5 bukanlah manusia yang berjiwa kejam seperti yang disagkakan, tetapi mereka menjadi demikian akibat sikap dendam dan pengalaman pahit mereka ke atas orang agama yang menfitah islam itu sendiri. Mereka bertindak demikian kerana pengalaman lalu.

Kisahnya bermula apabila mereka berlima amat menyayangi ustaz mereka, mereka amat rapat dengan ustaz mereka, malah hubungan mereka ibarat ayah dan anak. Namun satu hari, islam itu terfitnah, mereka melihat ustaz mereka  merogol seorang gadis sekolah. Ustaz mereka tidak megaku melakukan hubungan sedemikian. Malah lebih teruk, ustaz itu mengatakan di hadapan perhimpunan kepada orang ramai bahawa mereka berlima menipu!

Mereka dihantarkan ke sekolah 'jahat'. Dendam mereka semakin menjadi-jadi, di sekolah itulah yang 'mendidik' mereka menjadi manusia yang kreatif. Hasrat mereka untuk membalas dendam ke atas ustaz mereka tercapai dengan kebijaksanaan strategi mereka. Ustaz mereka berjaya ditumbangkan dan kini mereka tiba di Jordan, dan mereka menggangap Irfan dan Zakwan sebagai orang yang sama seperti ustaz mereka.

Jiwa mereka meluak-luak untuk membalas dendam. Namun, Irfan dan Zakwan bukanlah manusia yang suka menghukum, malah mereka pula yang banyak mengajak kepada kebaikan walaupun DISASTER 5 membenci mereka.

Allah maha berkuasa, atas kesabaran dakwah mereka yang tidak pernah henti, malah walaupun jutaan dugaan datang menimpa, DISASTER 5 kini selesa dengan Irfan dan Zakwan. Tetapi sulitnya, ada manusia yang lebih 'big boss' yang membenci mereka di sebalik itu. Siapakah mereka? bagaiman Irfan dan Zakwan menangani mereka pula? bagaimanakah keselamatan Irfan dan Ahli permai? Apakah pula persahabatan Irfan dan Zakwan akan berkecai?

Jangan lupa baca Novel SINERGI...'keimanan adalah paksi'..RUGI ahli batch PPISMP semester 2 tak beli..





No comments:

Post a Comment