PETIKAN SYAIR

'SaudaraMu yang sebenarnya ialah orang yang berada besertamu dan orang itu mengorbankan dirinya sendiri dalam bahagia, semata-mata untuk kemanfaatan dirimu. Itulah sahabatmu, yang apabila kamu dalam keadaan bimbang, ia sentiasa mengatakan secara terus terang kepadamu serta rela mencurahkan tenaga dan kekuatannya semata-mata untuk berkumpul denganmu'

Monday 25 April 2011

SEMOGA BERJAYA PEPERIKSAAN AMALI FIKH IBADAH

oleh: Hamba Allah

salam..
Apa kabar iman? masih di ufuk mentari? apa kabar diri? sihat? alhamdulillah sekiranya begitu. Alhamdulillah, kita masih lagi dikurniakan nikmat sihat dan nikmat masa lapang untuk memenuhi masa kita beribadah kepada Allah dalam apa sahaja bentuk yang bertetapan dengan syariatnya.

Seperti yang kita ketahui, peperiksaan amali Fikh ibadah untuk pengkhusus kos Pengajian agama dan bahasa arab akan dijalankan pada minggu ini dan minggu depan iaitu pada hari jumaat ini 29 april dan juga 3 mei 2011. Sudahkah anda bersedia? jika belum, mari kita sama-sama bertungkus lumus menambahkan ilmu bukan sahaja untuk peperiksaan tetapi untuk mencari keredoaan Allah ta'ala.

Allah s.w.t  berfirman dalam surah yusuf yang bermaksud: 'Dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada yang berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir (surah yusuf:87)

Allah juga berfirman dalam surah al-hijr ayat 56 yang bermaksud: ' Tidak ada orang yang berputus asa dari rahmat Allah kecuali orang yang sesat'
Maka dengan itu marilah kita berusaha daripada sekarang agar kita tidak menjadi seorang guru yang bertaklid buta dalam sesuatu perkara lebih-lebih lagi berkaitan bab solat. Saya juga berpesan kepada diri saya untuk kita sama-sama berusaha bersungguh-sungguh mengecapi kejayaan, selebihnya kita bertawakal kepada ALLAH setelah BERUSAHA.

Untuk tidak menjadi seorang 'ustaz' yang dikritik dan dipandang serong, marilah kita sama-sama berusaha menggali ilmu sedalam mungkin agar kelak kita tidak mudah ditipu dan hidup juga diberkati dan diredoi Allah. InsyaALLAH.

Imam syafie berkata: 'Mengajar adalah belajar'

Untuk itu, saya ucapkan kepada nada semua yang terlibat dalam amali ini, semoga berjaya dan teruskan menimba ilmu buat bekalan negeri abadi..




No comments:

Post a Comment