PETIKAN SYAIR

'SaudaraMu yang sebenarnya ialah orang yang berada besertamu dan orang itu mengorbankan dirinya sendiri dalam bahagia, semata-mata untuk kemanfaatan dirimu. Itulah sahabatmu, yang apabila kamu dalam keadaan bimbang, ia sentiasa mengatakan secara terus terang kepadamu serta rela mencurahkan tenaga dan kekuatannya semata-mata untuk berkumpul denganmu'

Sunday 24 April 2011

PUISI : SELAMAT HARI IBU

 oleh: Hasan PPISMP 2.01

Assalamualiakum w.b.t,
Kehadapan ibuku yang tercinta,
Ku coretkan bait-bait cinta dari kejauhan,
Meluahkan rasa rindu yang lama terbuku di hatiku…

Ibuku,
Di saat aku menulis bait-bait cintaku,
Hatiku begitu rindu melihat senyuman terukir di bibirmu,
Setiap  kenangan yang engkau ukirkan bersamaku,
Tersemat indah dalam hatiku..




Ibuku,
Bagaimana keadaanmu kini?
Sihatkah ibu?
Siapa yang membantumu memasak sewaktu aku berjauhan darimu?
Siapa yang mengejutkanmu solat subuh sewaktu aku jauh dari matamu?
Siapa yang tolong membasuh pakainmu sewaktu aku tiada dalam dakapanmu?





Ibu,
Tika bait-bait cinta meniti di bibirku,
Aku teringat pesananmu ibu,
Jadilah anak yang membantu perjuangan bapamu,
Ibu tidak mahukan harta kekayaanmu,
Ibu tidak mahukan sejuta dari duitmu,
TETAPI,
Ibu hanya pinta satu darimu,
JANGAN LUPA DOAKAN IBU BAPAMU DALAM SOLATMU.



Ibu,
Aku juga mahu pinta sesuatu darimu,
Ku harap engkau sudi melakukan setulus hatimu,
Hanya ini yang ku pinta darimu ibu..

Ibuku,
Doakan anakmu menjadi pemuda pemudi soleh dan solehah,
Doakan anakmu menjadi pejuang mempertahankan agama,
Doakan anakmu bertemu nakhoda sehebat Nabi kita,
Doakan anakmu bertemu srikandi setulus kasih Khadijah,
Doakan anakmu bahagia ketika menghadap Pencipta,
Doakan juga agar kita tetap bersama di akhirat sana.




Ibu,
Hanya ini yang dapatku luahkan setulus hatiku ibu,
Nantikan kepulangan anak-anakmu dihalaman rumahmu,
Akanku cium tangan dan pipimu dengan penuh rasa cintaku,
Bersamanya juga ku bawa satu kata keramat buatmu ibu,
‘ SELAMAT HARI IBU’ Ku ucapkan padamu.. 



JANGAN LUPA HARI IBU PADA 8 MEI 2011, BAGI HADIAH DAN UCAPKAN SAYANG KEPADA IBU ANDA!





No comments:

Post a Comment