PETIKAN SYAIR

'SaudaraMu yang sebenarnya ialah orang yang berada besertamu dan orang itu mengorbankan dirinya sendiri dalam bahagia, semata-mata untuk kemanfaatan dirimu. Itulah sahabatmu, yang apabila kamu dalam keadaan bimbang, ia sentiasa mengatakan secara terus terang kepadamu serta rela mencurahkan tenaga dan kekuatannya semata-mata untuk berkumpul denganmu'

Wednesday 4 May 2011

NANTIKAN KEMUNCULAN KOMIK BERSIRI


Kepada sahabat sekalian, insyaALLAH jika tiada apa-apa halangan, kami akan menyediakan satu slot komik bersiri yang akan dilakukan sendiri oleh sahabat kita, zack. Jadi, kepada anda semua, jangan lupa saksikan hasil kerja sahabat anda itu di blog ini dalam masa yang terdekat..

kepada anda semua, warga IPG KPI BATCH SEMESTER 2 (2010) yang berminat untuk menggerakkan kerja-kerja dalam blog ini untuk kepentingan islam, maka jangan malu-malu untuk berjumpa dengan saya, Mohamad izwan bin zainal abidin, kuliah PPISMP 2.01. Jika anda ada bakat dalam penulisan cerpen bm, ba, bi, puisi/sajak/syair, tayangan video bermanfaat, pandai melukis komik, bolehlah hantarkan karya anda kepada saya di bilik A416..

Saya tidak dapat apa-apa, anda yang akan dapat balasan daripada Allah walaupun kelihatan kerja yang anda lakukan sekadar debu, tetapi Allah tetap akan membalasnya jua. InsyaALLAH..

Sekiranya mahu menghantarkan karya anda, bolehlah diletakkan dalam pandrive dalam bentuk words tidak kiralah hasil cerpen, artikel, puisi dan lain-lain lagi yang anda rasa mampu membawa rakan-rakan tertarik dengan islam itu sendiri. Maka dengan itu, saya berharap anda dapat bekerjasama dalam mengembangkan kerja dakwah ini.

Ramai dalam kalangan sahabat anda sudah pun menyumbangkan idea dan hasil kerja sendiri dalam blog ini. Jadi anda bila lagi? 

Mari kita bersama-sama berlumba dalam mengerjakan kebaikan untuk kehidupan akhirat kelak..

No comments:

Post a Comment