PETIKAN SYAIR

'SaudaraMu yang sebenarnya ialah orang yang berada besertamu dan orang itu mengorbankan dirinya sendiri dalam bahagia, semata-mata untuk kemanfaatan dirimu. Itulah sahabatmu, yang apabila kamu dalam keadaan bimbang, ia sentiasa mengatakan secara terus terang kepadamu serta rela mencurahkan tenaga dan kekuatannya semata-mata untuk berkumpul denganmu'

Saturday 7 May 2011

ULASAN BUKU

Hari ini saya ingin mengulas sedikit tentang karya buku hasil ciptaan penulis muda yang berinspirasi tinggi, saudara Hilal Asyraf. Untuk makluman pengunjung, beliau baru sahaja berusia 22 tahun dan kini sedang belajar di Universiti Yarmouk, Jordan. Beliau telah menghasilkan 7 buah novel dan 4 buah buku motivasi sepanjang kariernya bergelar seorang penulis Islamik.

 Saya antara pengkagum hasil karya Hilal Asyraf kerana beliau berjaya menarik hati golongan syabab untuk berusaha menjana diri mengenali islam dengan lebih mendalam lagi. Ramai antara kita yang masih tidak mengetahui lagi bahawa hasil karya Hilal Asyraf ini sebenarnya mampu dijadikan ikutan dalam kehidupan seharian kita dan ianya bukanlah hasil karya yang berunsur lagha tetapi kesemua buku karya beliau yang telah saya baca berunsurkan cara untuk seseorang berdakwah dan lebih dekat dengan mad'u mereka.


Antara novel beliau yang begitu baik sekali untuk dibaca adalah buku yang 'berorentasikan' semangat ukhwah dalam perjuangan seperti buku VT yang bermaksud VOLLEYBALL team. Terlalu banyak kaedah dakwah yang terbaik yang telah ditunjukkan penulis dalam berdakwah kepada mad'u yang terlalu 'keras' hati dan jiwanya. Namun begitu, penulis telah berjaya menunjukkan watak yang membawa 'jalan keluar' dalam menyelesaikan masalah tersebut dengan menerapkan konsep ukhwah dalam kalangan mereka disamping tidak mewujudkan budaya menghukum dalam setiap perbuatannya biarpun pasukan sekolah mereka tumpas dalam perlawanan permulaan,namun dengan didikan guru mereka yang berjiwa murabbi itu, akhirnya pasukan mereka bukan sahaja bergelar juara bahkan lebih baik daripada itu, mereka berjaya menunjukkan identiti islam yang unggul melalui sukan. 

Penulis secara tersiratnya ingin menyampaikan sesuatu yang akan difahami bagi mereka yang membaca bukunya. Antaranya beliau ingin mengatakan bahawa dakwah itu boleh dilakukan dalam pelbagai perkara antaranya sukan! siapa sangka dengan sukan mampu membawa seseorang itu mentarbiyah diri? sukan juga mampu menyuburkan imej islam itu?


Novel terasing juga mendatangkan sesuatu yang berbeza dalam karya beliau. Novel ini berunsurkan kehidupan seseorang sahabat yang jauh berubah setelah mereka terpisah sewaktu di sekolah Menengah dahulu. Keadaan berubah dengan mendadak sekali kerana persahabatan mereka seakan retak dan penuh dengan dendam kesumat sehingga salah seorang daripada mereka telah jauh terpesong dari ajaran agama kerana dek perpisahan dengan sahabatnya. Kini sahabatnya itu terperosok dengan dunia jenayah yang telah membunuh ramai orang yang tidak berdosa. Sehinggakan dia menganggotai YAKUZA iaitu geng 'berani mati' yang telah beroperasi di Malaysia. Sahabatnya itu belajar di Jepun dan membawa 'fahaman' Yakuza tersebut ke Malaysia. Kini, sahabatnya itu menuntut 'janji' mereka sewaktu dahulu iaitu..'jangan tinggalkan ana sendirian'!! 
Jangan lupa baca novel terasing!


Novel Hero juga adalah novel yang baru meningkat naik di pasaran. Bertemakan cerita 'cicak men', Karya Hilal Asyraf ini amat bersesuaian dengan keadaan Dunia sekarang yang penuh korupsi dan tipu daya. Cahaya akhirnya berjaya melawan kegelapan. Novel ini juga tidak terlepas daripada menunjukkan cara dakwah yang ingin disampaikan penulis iaitu seperti watak isteri kepada 'hero' yang berjaya menahan karenah suaminya 'hero' yang jauh daripada  ajaran islam. Atas kesabaran isterinya, si hero berjaya 'mengubah dunia'. Ingin rasakan pengalaman hero? jangan lupa baca buku tersebut ye....sesuai untuk anda!



Untuk karya Hilal Asyraf yang bertajuk takdir dan matahari, saya masih sedang tercari-cari buku tersebut di pasaran dan masih lagi belum membacanya. Jadi, untuk anda yang berkesempatan 'menemui' buku tersebut di pasaran, jangan lupa membacanya, mungkin buku tersebut ada juga kelainan daripada buku yang lain.


Buku Remaja Mulia dan sinergi saling bersangkut paut yang mana buku remaja mulia sesuai dibaca untuk kanak-kanak belasan tahun dan kehidupan watak tersebut juga masih di alam persekolahan yang telah berjaya menjadi kanak-kanak contoh walaupun telah kehilangan ibu dan ayah, Irfan telah bersahabat dengan Zakwan yang merupakan kanak-kanak yang terkongkong dengan kehidupannya akibat ibu bapanya yang mahukan zakwan fokus dengan pelajarannya. Tetapi sinar baru telah menjelma dalam kehidupan Zakwan kerana Irfan telah berjaya menguubah sahabatnya itu menjadi 'remaja mulia'.

Manakala buku sinergi pula merupakan buku yang sesuai dibaca para remaja sekalian dan pemuda yang bergelar mahasiswa. Buku ini menjelaskan kehidupan irfan dan zakwan yang sudah dewasa yang bersama-sama menyambung belajar di Jordan. Mereka berdua terlalu rapat dan ukhwah mereka dicemburui ramai mata-mata jahat. Namun begitu, mereka tabah melalui kesulitan kehidupan yang muncul dalam kehidupan mereka. Mereka juga merupakan pemimpin untuk pelajar Malaysia di sana dan telah melakukan tugasan dan tarbiyah dengan baik dalam memimpin 'warga permai'.

Biarpun dihujani dengan pelbagai mehnah kehidupan dan terdapat perselisihan faham antara mereka, namun dek kerana masih ada lagi sikap berlapang dada dalam diri mereka membuatkan ukhwah mereka semakin mantap untuk bersama-sama ke syurga. Malah, warga permai juga 'terkesan' dengan perjuangan dan ketabahan mereka. Jangan lupa baca buku ini terutama mereka yang bergelar Mahasiswa!


Jadi, jangan lupa membaca karya Hilal Asyraf, buku motivasi beliau juga banyak yang bermatlamatkan mengajak hamba-hamba Allah mencari redonya. Sesuai dengan kehidupan manusia itu yang diciptakan untuk mengabdikan diri kepada Allah. Harga karya beliau juga amat berpatutan dan sesuai dengan bukunya yang mempunyai kualiti yang tersendiri. Selamat membaca!



3 comments:

  1. selamat membaca, jadikan islam sebagai pegangan hidup antum dan antunna semua.. :-)

    ReplyDelete
  2. TERASING.best.jgn biarkan shbt kita...

    ReplyDelete
  3. jadilah sahabat yang bermanfaat untuk orang lain. Jangan biarkan sahabat kita tersing dengan kita kerana sehebat manapun sahabat kita itu, dia juga manusia biasa. Berdoalah kepada Allah untuk dikurniakan sahabat sejati, yang bersama-sama membantu perjuangan kita dalam menegakkan agama islam. bersama-sama saat susah dan senang, saat suka dan duka...itulah sahabat yang terbaiK!

    ReplyDelete