PETIKAN SYAIR

'SaudaraMu yang sebenarnya ialah orang yang berada besertamu dan orang itu mengorbankan dirinya sendiri dalam bahagia, semata-mata untuk kemanfaatan dirimu. Itulah sahabatmu, yang apabila kamu dalam keadaan bimbang, ia sentiasa mengatakan secara terus terang kepadamu serta rela mencurahkan tenaga dan kekuatannya semata-mata untuk berkumpul denganmu'

Friday 6 May 2011

MINGGU PALESTIN TIP TOP!

Minggu Palestin

 

Alhamdulillah, selesai juga kita sebagai warga IPG KPI melangsungkan Minggu Palestin selama 3 hari berturut-turut sehinggalah selesai Malam kemuncak yang berakhir pada malam jumaat yang lalu. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada anda semua yang telah mengambil bahagian selama 3 hari tersebut sama ada secara langsung ataupun tidak langsung bagi sekurang-kurangnya 'meluahkan' hasrat yang terbuku di hati walapun tidak dapat bersama-sama 'pejuang islam' yang lain mengorbankan nyawa di bumi PALESTIN.

Penceramah yang dijemput juga hebat-hebat belako, segala ucapan mereka juga menusuk di kalbu seolah-olah kita  seakan sedang berjuang di bumi palestin. Pada Forum yang telah dilakukan di masjid As-Syafie, saya tertarik dengan kata-kata ustaz syakirin. Beliau mengatakan isu Palestin adalah isu 'akidah'. Ya, saya sangat-sangat bersetuju dengan beliau. 

Selama ini kita dipisahkan oleh orentalis dengan sikap kepuakan negara dan sempadan seolah-olah isu Palestin hanya masalah negara mereka sahaja. Pemikiran kita 'dijajah' dengan hebat sehingga kita kadang-kala terlupa isu yang berlaku di negara saudara kita tidak kiralah sama ada di Palestin, sempadan Thailand, Iraq, Afghanistan, Mesir dan sebagainya lagi. Kerana itu kita perlu berubah agar kita saling mencintai saudara kita tidak kira di mana pun mereka berada.


Pada malam kemuncak pula, saya tertarik dengan gaya dan gimik yang cukup baik daripada abang-abang senior yang majoritinya daripada semester 7. Mungkin inilah jasa dan pengorbanan mereka untuk Islam dan juga untuk IPG KPI yang tercinta. Mereka berjaya 'mengibarkan' perjuangan islam dalam kalangan 'adik-adik' mereka. Ucapan demi ucapan bermula dari akhi Ikhwan, akhi Hafizul Husni dan lain-lain lagi abang senior membuatkan semangat bakal guru dari IPIS ini membara ibarat api yang sedang menyala tinggi.


Selepas itu, perarakan dimulakan, kesemua muslimin dan muslimat berarak sambil mengucapkan 'kata-kata' semangat diselangi beberapa 'takbir' sebelum sampai ke perkarangan Dewan Besar Nik Muhyiddin Musa. Mereka berarak sambil berpegangan tangan dengan erat antara satu sama lain dan ada sebahagian mereka yang mengibarkan bendera-bendera Palestin sambil melaungkan semangat 'jihad' dan 'takbir' yang mana laungan tersebut diiringi ratusan pelajar yang lain.




Selepas kesemua pelajar 'tiba' di Perkarangan Dewan Besar Nik Muhyiddin Musa, maka 'gimik' bermula dan persembahan malam Minggu Palestin dimulakan. Ramai anggota JPP mengambil bahagian antaranya persembahan Nasyid, persembahan deklamasi sajak, syair dan juga  kata-kata 'perangsang' daripada abang senior sendiri yang mahukan semangat palestin ini 'terus membara' dalam kalangan syabab seperti kami.

Saya tertarik dengan kata-kata akhi Ikhwan. Beliau dengan nada penuh bersemangat mengucapkan sesuatu kepada 'adik-adiknya' seperti: 'ingatlah, kita tidak akan disoal ALLAH tentang kejayaan kita membebaskan Palestin TETAPI kita akan disoal tentang sejauh mana usaha kita untuk membebaskan PALESTIN'.


Saya sendiri terkejut dengan gimik yang akan dilakukan pada malam tersebut dan juga persembahan yang begitu mantap daripada abang-abang senior. Program yang dianjurkan oleh BIRO DAKWAH DAN KEROHANIAN dengan kerjasama MTEN dan JPP ini telah berjaya menarik minat bakal guru IPG KPI untuk mencintai 'jihad' membebaskan Palestin.

Terima kasih kepada semua yang terlibat. Mungkin inilah satu-satunya medan jihad kita untuk menghadirkan rasa ketidakpuasan hati kita terhadap Zionis dan sekutunya yang  sewenang-wenangnya menjajah negara PALESTIN tanpa meminta 'permit' daripada umat islam di seluruh dunia. Kepada saudara-saudaraku, Allah akan mempersoalkan apakah yang sudah kita lakukan untuk saudara seagama kita. Mungkin walaupun cuma sedikit sumbangan anda sama ada dari segi harta,pengorbanan atau perarakan ini mampu menjadikan jawapan kita kepada Allah kelak. 

Semoga kita semua mendapat keredoan-Nya dan berdoalah semoga niat yang ada di hati kita tidak mudah  'berpatah arah' dalam memperjuangkan nasib Palestin tercinta dan terus-terusan istikomah dengan perjuangan ini. Wahai pemuda, kamulah aset utama untuk memperjuangkan Palestin! bak kata As-Syahid Imam Hasan Al-Banna: 'barangsiapa menguasai Palestin, bermakna dia menguasai dunia'!

Fikri-fikirkanlah dan mari kita sama renung-renungkan bersama...

2 comments:

  1. terima kasih kepada abang-abang senior :-), jasamu dikenang..

    ReplyDelete
  2. like....x tulis lg program ni kat blog sndiri..hehe

    ReplyDelete