PETIKAN SYAIR

'SaudaraMu yang sebenarnya ialah orang yang berada besertamu dan orang itu mengorbankan dirinya sendiri dalam bahagia, semata-mata untuk kemanfaatan dirimu. Itulah sahabatmu, yang apabila kamu dalam keadaan bimbang, ia sentiasa mengatakan secara terus terang kepadamu serta rela mencurahkan tenaga dan kekuatannya semata-mata untuk berkumpul denganmu'

Wednesday 18 May 2011

CERPEN: 'CINTA DI UFUK MENTARI'

Assalamualaikum..
cerpen mingguan untuk anda..
'CINTA DI UFUK MENTARI'




'Ya syeikh, ana hanya mampu bertalaqqi dengan enta sampai di sini sahaja sebab esok ana mahu pulang ke malaysia untuk bercuti semester'. Kelihatan seorang pemuda yang berbangsa melayu sibuk berbicara bersama gurunya.

'Tak mengapa, ana faham, ilmu yang enta ada, jangan lupa untuk disebarkan kepada masyarakat bila pulang ke Malaysia nanti, ramai antara mereka yang dahagakan ilmu, enta kena kuat'. Syeikh Ridzuan mengingatkan anak muridnya satu pesanan yang menusuk kalbu.


'Ana cuba syeikh, enta doakan ana ye'. Akmal seolah tidak mampu menahan air matanya  tatkala berpisah dengan gurunya selama 3 bulan untuk bercuti semester di tanah airnya sendiri. Waktu inilah pelajar-pelajar Malaysia di Mesir akan pulang ke kampung halaman masing-masing untuk bertemu dengan keluarga tercinta. Ada dalam kalangan mereka yang tidak pulang kerana masalah kewangan dan ada juga mahu menghabiskan masa untuk menuntut ilmu sambil bercuti meneroka kebesaran Allah di bumi Mesir. 

Kali ini, Akmal pulang ke Malaysia dengan berhajat, iaitu mahu menunaikan janjinya untuk berkahwin dengan wanita pilihannya, Aisyah.  Wanita itu dikenalinya sewaktu bersama-sama menuntut ilmu di bumi Mesir ini. Aisyah merupakan wanita dambaan lelaki soleh. Wajahnya,akhlaknya dan tutur katanya umpama 'bidadari syurga'. Ramai antara lelaki di Mesir cuba meminang Aisyah, namun kesemuanya ditolak tetapi entah mengapa pinangan lelaki seperti Akmal diterimanya, berita perkahwinan mereka  menjadi perbualan hangat Mahasiswa di Universiti Al-Azhar ini.


**********************************************************************************


'Mal, ini ada sepucuk surat untuk enta, ana ambil dari adik ana tadi, Fatimah, dia kata ada sahabatnya bagi, tapi dia tak bagitahu siapa yang bagi, ana sampaikan je'. Amir menyerahkan sampul itu kepada akmal, sahabatnya yang disayanginya itu.

'Terima kasih Mir'. Ringkas sahaja jawapan Akmal tadi, bagi Akmal, dia sudah terbiasa menerima surat 'cinta' daripada muslimat di Universti Al-Azhar yang majoritinya surat itu datang dari muslimat  Malaysia, malah ada juga wanita arab yang pernah menulis surat cinta kepada Akmal untuk melafazkan cintnya kepada Akmal. Surat yang bertimbun kadang kala tidak di baca Akmal.Wajah Akmal yang kacak juga menjadi tarikan utama muslimat di Universiti tersebut, malah Akmal juga merupakan presiden Perwakilan Pelajar Malaysia di bumi Mesir itu, tutur katanya membuatkan ramai pelajar muslimat 'cair'. Baginya, pelajaran lebih penting dari cinta. Hal ini memandangkan umurnya masih lagi muda, malah Akmal merupakan anak lelaki tunggal dalam keluarganya. Dia perlu berusaha kuat untuk menjadi contoh kepada adik-adiknya yang lain. Cinta tanpa sepadan menyebabkan seseorang sesat dari jalan yang sepatutunya dituju. 

'Mal, kalau dah ramai sangat orang suka dekat enta, lebih baik enta kahwin jela cepat'. Gurauan Amir menyebabkan Akmal termenung berfikir. Ya, bagi Akmal ada benarnya kata-kata Amir itu, mana tidaknya, terlalu ramai wanita yang menyukai Akmal dan Akmal juga tidak mahu 'fitnah' terpalit kepada dirinya.

'Ana bukan tidak mahu kahwin Mir, tapi calon pilihan hati belum menjelma lagi'. Akmal mula bersuara.

Amir kemudiannya merapati akmal sambil tangannya memegang bahu akmal. 'Mal, ana faham maksud enta tu, tapi cinta yang hakiki sukar di cari, berdoalah kepada Allah supaya dikurniakan pasangan hidup yang solehah yang enta mencintainya kerana Allah'. Amir mula menghidupkan persoalan tentang jodoh.


'Nantilah ana fikir dulu, ana tengah serabut memikirkan jodoh untuk enta'. Gurauan Akmal menyebabkan amir turut tergelak.

'Enta ni nakal la mal,ana takkan kahwin dulu kalau sahabat ana ni tak nak kahwin dulu'. Amir merenung lembut wajah sahabatnya itu seakan-akan pandagan itu pandangan yang terakhir untuk Akmal. 

**********************************************************************************


Setahun mereka belajar, Amir telah pun mengahwini seorang wanita pilihannya yang juga merupakan pelajar Universiti Al-Azhar, Solehah.


Akmal terkenangkan dirinya yang masih lagi keseorangan itu, pelajarannyanya juga sudah berada di hujung semester akan tetapi jodoh yang dicari masih lagi belum menjelma. Puas Akmal mencari jodoh pilihan hati, namun kesemuanya tidak berkenan di hatinya.

Akmal termenung seketika  sambil memegang sekeping roti arab di tangannya dan matanya terus mengelamun tanpa dia  sedar akan kehadiran sahabatnya, Amir.

'Weyh, enta mengelamun apa pagi-pagi ni?' Amir menerpa badan Akmal.

'Isyh enta ni, ana mengelamun nak jadi anak raja la'. Akmal menyahut sapaan akmal itu dengan memeluk sahabatnya. Tradisi pelukan ini telah disemaikan ke dalam diri mereka sejak mereka masuk ke Universiti Al-Azhar lagi.

'Enta sihat? macam mana dengan imtihan sekarang? okey? Amir cuba memulakan perbualan.

'Ana ok ja, enta macam mana dengan isteri baru? Akmal tersenyum lebar menanyakan soalan kepada Amir.

'Ermm, Solehah baik, peramah dan ada sikap penyayang dalam dirinya. Ana bersyukur dapat isteri solehah seperti dia'. Amir memuji isterinya itu.

' Ana gembira dengar jawapan dari enta, ana doakan enta dan Solehah kekal bahagia dunia dan akhirat'. Akmal ternyata menumpang gembira dengan  dunia baru sahabatnya, Amir.


'Okeylah Mir,ana  nak pergi kuliah dulu, kalau ada apa-apa masalah, jangan malu-malu contact ana, handset ana sentiasa on'. Akmal tergesa-gesa bangun dari kerusi lalu dicapainya sebuah buku karya Hilal Asyraf bertajuk 'Sinergi' dan diserahkannya kepada Amir.


'Mir, ini hadiah ana untuk enta, bacalah kalau ada masa'. Akmal menyerahkan buku itu di tangan Amir.

'Mal, kalau enta bukan lelaki, dah lama ana kahwin dengan enta'. Amir cuba bergurau dengan sahabatnya itu.

'Ye la mir, ana dah lambat pergi kuliah ni, Assalamualaikum.

'Waalaikumsalam'. Amir menjawab salam Akmal.

'Mal'. Amir berpaling semula kepada sahabatnya itu.

'Uhibbukafillah'. Amir meluahkan perasaannya.


Akmal tersenyum, 'Uhibbukafillah aidon'.


Mereka berdua berpisah di situ. Akmal meneruskan perjalanannya ke kuliah itu. Manakala Amir menyambung sarapannya di kedai makan itu.


***********************************************************************************

Kuliah kelas telah pun tamat, Akmal turun tangga dengan tergesa-gesa kerana memikirkan baju di rumahnya yang bersidai dan tidak di angkat lagi memandangkan awan sudah pun gelap dan kelihatan juga angin bertiup kencang seakan-akan hujan mahu turun dengan lebatnya.

Dalam menuruni tangga itu, Akmal terlanggar satu objek di hadapannya. Habis fail-failnya tercampak dan berserakan di lantai.

Akmal cuba mengutip semula fail-failnya tanpa menghiraukan orang yang dilanggar itu.


'Asif jiddan'..suara  lembut kedengaran untuk meminta maaf. Sambil  Akmal mengutip failnya dia memandang wajah orang tersebut.

'Laaaa..baa..sa..' suara Akmal bergetar-getar seakan orang yang dilihat tadi umpama objek yang menakutkan.


'Ana tak sengaja, maafkan ana'. Seorang wanita bertubuh kecil, bertudung labuh dan memakai purdah sedang meminta maaf kepada Akmal.


Akmal merenung tajam ke arah mata wanita tersebut, tetapi dengan kekuatan iman yang ada cepat-cepat Akmal menundukkan padangan.


'Astagfirullah,apa aku buat ni?'. Akmal bermonolog sendirian.


Wanita itu meninggalkan Akmal tanpa banyak bicara dan terus berjalan smabil menundukkan padangan seterusnya hilang dalam pandagan mata Akmal.


'Subhanallah, bidadari syurgakah itu? kenapa hatiku bergetar melihat dirinya, ? kenapa hatiku terasa lain? Ya Allah, lindungilah aku'. Akmal berbicara sendirian sambil berjalan menuju ke rumahnya.

'Ya Allah, aku terlupa, baju aku!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

**********************************************************************************
(bersambung)

No comments:

Post a Comment