PETIKAN SYAIR

'SaudaraMu yang sebenarnya ialah orang yang berada besertamu dan orang itu mengorbankan dirinya sendiri dalam bahagia, semata-mata untuk kemanfaatan dirimu. Itulah sahabatmu, yang apabila kamu dalam keadaan bimbang, ia sentiasa mengatakan secara terus terang kepadamu serta rela mencurahkan tenaga dan kekuatannya semata-mata untuk berkumpul denganmu'

Saturday 14 May 2011

CERPEN: BIARKAN AKU SENDIRIAN

Cerpen, Mohamad Izwan Bin Zainal Abidin, PPISMP 2.01


Tika aku sendirian, hanya menanti sinar itu kembali meresap ke dalam diri, siapakah aku?




Shahid! apa yang kau tengah buat, ha? kau ingat kembali diri kau yang sebenar, kami sedia membantu apa yang terdaya, jangan biarkan diri kau terjunam ke dalam neraka! suara itu terus menekan diri shahid, kelihatan dirinya tidak lagi terdaya, air matanya deras mengalir, dia kini bukan lagi seperti shahid yang dulu, orangya periang, suka bermesra dan tidak kekok bergurau senda dengan rakan-rakan sekelilingnya, dia kini sedang menempah maut, berdiri di atas tembok bangunan di tengah-tengah pembangunan ibu kota yang semakin berubah semenjak pentadbiran negara bertukar kepimpinan. Kini, Shahid ingin menebus dosanya dengan membunuh diri!
*********************************************************************************

'kau rasa kan Solihin, aku ni hensem tak? ramai tak perempuan suka kat aku? 'gurauan Shahid membuatkan suasana kelas yang agak sunyi dengan kekosongan pensyarah itu bertukar riuh rendah apabila Shahid cuba membangkitkan ruh ceria di dalam kelas itu. Gurauan mereka turut didengari sahabat yang sekelas yang lain.


'Alah, kau ni, kalau nak dibandingkan dengan aku, memang jauh beza la, aku lagi hensem kot!' Solihin cuba memprovokasi Shahid dengan ayat 'kot'. Mereka berdua sering bergurau, tetapi Shahid yang bertubuh kecil itu agak suka berceloteh sehinggakan rakan-rakan yang lain juga tidak jemu dengan celoteh Shahid.

Suasana bertukar sunyi, mereka mengulangkaji pelajaran bersama-sama, memandangkan study week sudah bermula, mereka semakin bersungguh-sungguh menelaah pelajaran sambil beralaskan laptop di depan mata, Kehidupan di Institut Pendidikan Guru di Bangi ini agak  muram sejak akhir-akhir ini tatkala perkhabaran berita kehilangan motor semakin berleluasa. Mereka dinasihatkan oleh pimpinan pelajar supaya berhati-hati dengan kehadiran 'mafia' licik yang berjaya mengaburi para pelajar dengan pelbagai taktik mencuri motor sehinggakan mereka juga tidak terkesan dengan kelicikan 'mafia' tersebut.

***********************************************************************************

Hahaha,' kau ingat pimpinan pelajar boleh lawan aku ke?' kesemua motor tu aku berjaya seludup keluar IPG tanpa ada sorang pun tahu. Warguard pun aku dah upah untuk berkrompomi dengan aku! kalau wardguard tu bongkarkan rahsia aku, tak lama la umur dia!' hahahahaha,hihihihi,huhuhuhu. Suara garau itu jelas kedengaran dari jauh. Fauzi yang sedang pulang dari Masjid selepas selesai menunaikan solat fardu maghrib terkejut melihat reaksi seseorang di sebalik pohon besar di belakang asrama.


Fauzi dengan memberanikan diri bergerak ke hadapan sedikit demi sedikit, tiap-tiap langahnya dijaga dengan baik agar tidak didengari mafia tersebut. Tiba-tiba langkahan Fauzi terhenti, kring! kring! 'ah. sudah!' keluh fauzi. Handset di poket bajunya berdering kuat mematikan terus langkah Fauzi untuk 'mengenali' mafia yang sebenar.

'oit, siapa tu? suara mafia tersebut kedengaran. 'aku la, hamba Allah'. Fauzi lantang bersuara seakan-akan tidak gentar dengan mafia tersebut. 'Kau ingat kau siapa ha nak mengintip aku? kau tak belajar agama ke? kau tak tau ke hukum orang yang mengintip ni apa? mafia tersebut cuba berfalsafah. Fauzi yang berdiri betul-betul dibelakang pohon tersebut terdiam seketika. Mati akal dibuatnya.


'Kau ni siapa sebenarnya?' kenapa kau curi motor kawan-kawan aku? suara Fauzi jelas serius, seakan-akan seekor harimau yang ingin menerkam mangsanya. 'eh, kau jangan main-main tuduh je! mana bukti kau aku curi motor budak IPG ni?'mafia tersebut cuba mempertahankan diri.


'Aku dengarlah semua ayat kau tadi! kau nak jual motor tu kan? kalau berani, tunjukkanlah muka kau sekarang!' Rasa marah Fauzi semakin meluak-luak, terfikir Fauzi akan mangsa motor yang telah dicuri Mafia tersebut,kebanyakan motor tersebut berjenama LC. Apa yang menyedihkan, kebanyakan mangsa 'patah kaki' dan menyebabkan mereka sukar untuk bergerak mengerjakan dakwah dan tugas-tugas sebagai hamba Allah.


'Eh, jangan membebel boleh tak? kau ingat kau tu emak aku ke? kau tak tahu fasal aku pun, jadi lebih baik kau senyap, kalau tak, tahulah nasib kau nanti' mafia tersebut cuba memprovokasi Fauzi. Badan Fauzi yang tinggi lampai itu kaku tidak bergerak. Matanya tidak boleh melihat Mafia tersebut yang bersembunyi disebalik pohon tersebut.


Fauzi tanpa berfikir panjang berlari ke arah pohon tersebut, lalu tanpa arah tujuan satu tendangan kuat dilepaskan ke arah perutnya. 'Kau ingat kau sorang je yang pandai silat ke? Mafia tersebut seakan tahu bahawa fauzi hebat dalam pencak silat, seakan kekuatan musuhnya telah dikaji lama. 'tak guna! siapa kau sebenarnya? Fauzi mengerang kesakitan. 'akulah hamba Allah'. Nada selamba mafia tersebut membuatkan Fauzi semakin sakit hati kerana diperli sehebat itu.


***********************************************************************************
(BERSAMBUNG)












 





2 comments:

  1. salam...menarik...tapi...bg ana lebih baik gunakan nama samaran yang lain...itu lebih baik...takut2 nama2 yg digunakan tak selesa or....
    n lg satu,kalau guna nama yang kita semua da knal imiginasi untuk kita creat kan terbatas sbb kita hanya tertumpu pada insan tersbut...lebih mnarik lagi gunakan nama yang kita sendiri tak penah knal..insyALLAH...ni pndangan ana...syukran...jzakallah...

    ReplyDelete
  2. komen yg baik, insyaallah, selepas ni kalau ada cerpen lg, sya cuba try nama lain.shukran..

    ReplyDelete