PETIKAN SYAIR

'SaudaraMu yang sebenarnya ialah orang yang berada besertamu dan orang itu mengorbankan dirinya sendiri dalam bahagia, semata-mata untuk kemanfaatan dirimu. Itulah sahabatmu, yang apabila kamu dalam keadaan bimbang, ia sentiasa mengatakan secara terus terang kepadamu serta rela mencurahkan tenaga dan kekuatannya semata-mata untuk berkumpul denganmu'

Saturday 7 May 2011

ADA APA DENGAN CINTA?

Tajuk hangat untuk Mahasiswa dan Mahasiswi...


Apabila berbicara tentang cinta, sudah pasti 'mindset' kita akan tertumpU pada satu haluan sahaja. Cinta pada manusia dengan manusia atau lebih tepat lagi cinta seorang lelaki kepada wanita atau cinta 'si bunga' kepada 'si kumbang'.

Walaupun istilah cinta boleh didefinisikan dengan pelbagai, namun atas cara seseorang berfikir, mereka lebih selesa dengan cinta si kumbang kepada bunga. Pernah satu masa dahulu, filem dan buku novel cinta amat laris di Malaysia kerana terbitnya fenomena tayangan filem  cinta berkisarkan cinta menurut islam yang bertajuk 'Ayat-ayat cinta'. Revolusi filem dari negara seberang itu berjaya 'mengaburkan' seketika  cinta si 'titanic'.

Waktu dahulu, ada cinta monyet, ada cinta bersulam noda, ada cinta budak sekolah dan pelbagai istilah lagi yang timbul namun kini cinta mahasiswa dan mahasiswi pula yang menjadi pilihan masyarakat sekarang. Pernah melihat filem ayat-ayat cinta tersebut?

Jika ya, sudah, pasti anda mengetahui 'jalan-jalan' yang digariskan islam dalam bercinta. Lihat sahaja si Fahri yang begitu menjaga adab-adab ketika bersama wanita yang bukan mahram, malah apabila beliau bergaul dengan wanita cuma dalam beberapa keadaan yang darurat sahaja iaitu ketika  babak di mana seorang wanita mahu didera dan dipukul, ketika itu Fahri datang untuk menyelamatkan wanita tersebut. Fahri tidak berlebih-lebihan dalam bergaul malah berkata hanya yang perlu.

Begitu juga dengan Aisyah, Apabila beliau 'menyukai' Fahri, tidak pula beliau mengatakan kepada Fahri yang beliau mahu keluar 'berdating' dengan Fahri. Malah beliau menyimpan rasa suka beliau dan hanya diluahkan kepada Pak cik beliau ketika itu.


Fahri pula  jelas sekali melakukan tindakan yang betul apabila mahu memilih seorang calon isteri iaitu dengan 'bertaaruf' dengan Aisyah. Fahri datang sendiri bertanyakan hasratnya kepada ibu bapa Aisyah. Lalu apa yang dilihat fahri? Anda tahu jawapannya. Sudah tentu Fahri hanya melihat muka dan tapak tangan Aisyah sahaja, tidak lebih daripada itu. Itulah yang diajar islam.

Kepada kaum wanita,jangan fikir  perigi yang cari timba, tetapi timba juga boleh cari perigi sebagaimana siti khadijah yang datang melamar Rasulullah. Apabila ingin memilih calon pasangan hidup, pastikan mengikuti sunnah nabi. 

Jika mahu melihat 'perwatakan pasangan' anda terutamanya wanita. Si lelaki boleh menghantar wakil seperti kakak atau adik perempuannya untuk datang 'mengejut' ke rumah 'calon' yang berbunga di hati. Untuk apa? bukan untuk mengintip tetapi untuk melihat sendiri perwatakan sebenar si perempuan. Manalah tahu jika sebelum ini, dilihat perempuan itu cantik, tetapi apabila ditemui, rupanya kecantikan itu hanya daripada 'make up' semata-mata. Kunjungan tersebut bagi membolehkan si lelaki tadi mengetahui adakah si wanita benar-benar 'tulen' seperti yang dilihat sebelum ini.

Jika sebelum bertemu, si wanita 'diwar-warkan' sebagai rajin dan seorang pengemas, tetapi apabila dihantar kakak atau adik perempuan si lelaki untuk melihat sendiri perwatakan si perempuan, dilihatnya perempuan itu seorang yang pemalas dan tidak pandai menguruskan diri. Maka, kemungkinan calon itu boleh ditolak. Nah..beginilah islam itu megajar seseorang memilih calon..Bukan mengenali pasangan dengan berdating atau berpegangan tangan semata-mata untuk membuktikan 'kau gadis melayu pilihanku'.

                                                                    Keterbalikan cinta manusia

Jika ada yang mengatakan cinta itu bermula daripada cinta kemudian akad dan nikah, maka tanggapan itu silap Dalam sejarah nabi-nabi terdahulu, tiada satupun nabi yang bercinta sebelum berkahwin, Malah untuk bergaul dengan wanita yang bukan mahram pun dalam keadaan yang tertentu beserta  'hijab' yang boleh mengurangkan fitnah mereka. Dalam percakapan mereka, tidaklah pula bertentang mata, tetapi apabila mereka berbicara, sudah tentu isinya penting,ringkas dan padat sambil menundukkan pandagan mata.

Agak sukar dalam masyarakat zaman kini untuk mengamalkan kesemua sunnah nabi tersebut, tetapi sebagai manusia yang berimankan Allah, maka sebolehnya kita mengikuti sedikit demi sedikit cara nabi tersebut sekiranya ingin selamat dan bahagia dunia dan akhirat.

Jikalau anda ingin membeli buku berkisarkan cinta. Saya cuma cadangkan, anda belilah buku karya USTAZ HASRIZAL JAMIL. beliau juga mempunyai website iaitu  saifulislam.com. Mungkin karya-karya beliau mampu memberikan kefahaman yang sebenar tentang cinta di sisi Islam.

Allah maha adil, jika seseorang lelaki itu baik akhlaknya, baik tutur katanya ditambah dia seorang yang taat kepada Allah, masakan Allah mahu memberikan dia wanita yang  buruk akhlaknya? bukankah Allah sudah berjanji, LELAKI YANG BAIK UNTUK PEREMPUAN YANG BAIK DAN PEREMPUAN YANG BURUK UNTUK PEREMPUAN YANG BURUK?

Allah akan kotakan janji-janjinya kerana sesungguhnya janji Allah itu benar. Jika tidak dikabulkan permintaan anda untuk mendapat pasangan soleh atau solehah, itu ujian Allah untuk anda dan mungkin doa anda disimpan dan dijaga baik Allah dan hanya dikurniakan sewaktu anda di alam syurga kelak. Hurul Aini menanti anda...
Hurul Aini= BIDADARI SYURGA.

sekadar perkongsian, komen anda  tentang cinta di sisi islam amat digalakkan...semoga kita dapat berkongsi ilmu...

No comments:

Post a Comment