PETIKAN SYAIR

'SaudaraMu yang sebenarnya ialah orang yang berada besertamu dan orang itu mengorbankan dirinya sendiri dalam bahagia, semata-mata untuk kemanfaatan dirimu. Itulah sahabatmu, yang apabila kamu dalam keadaan bimbang, ia sentiasa mengatakan secara terus terang kepadamu serta rela mencurahkan tenaga dan kekuatannya semata-mata untuk berkumpul denganmu'

Wednesday 11 May 2011

CERPEN: TAKDIR ATAU KEBETULAN (EPISOD 3)

Oleh: Diari Hati, PPISMP 2.01






“Assalamualaikum….ada orang tak??” Teriak Hafy.
Fahri membalas diikuti senyuman sinis mengejar bibirnya, “Waalaikumsalam…tak ada orang kat sini”.
“Hang ni…tercegat hang kat situ…takkan tak ada orang kut….hehe” Balas Hafy.
“Kura-kura dalam perahu, pura-pura tak tahu….apa punya orang…” 

Jawabnya ringkas.
“Kau tengah buat apa ni??” Tanya Hafy ringkas.
“Aku tengah buat revision. Kita semua kan dah nak final exam, “ Ujar Fahri.
“Maaflah kalau aku mengganggu kau…sebenarnya aku nak cakap sesuatu ni…tapi ko kene sedia la….” Serius Hafy memandang Fahri.
“Kau ni kenapa?? Ada masalah ke?? Kalau ada…meh cerita kat aku”. Balas Fahri sambil tangannya merangkul bahu Hafy.
“Sebenarnya…” Hafy tergagap.
“Sebenarnya apa?? Jangan buat aku risau Fy. Kalau ada masalah cerita je kat aku…aku boleh dengar…” Balas Fahri dengan penuh yakin.
“Sebenarnya tadi…Abang Faris…Ish…macam mana aku nak cakap kat kau ye…” Ujar Hafy.

“Kenapa dengan Abang Faris??...Aduyai…cakap la cepat…” Seribu kerisauan terpahat diwajah Fahri.
“Abang Faris….(diam sebentar)… Abang Faris kirim salam kat kau….haha…” Jawab Hafy dan diikuti dengan tawanya.
“Subhanallah…manusia…manusia…kenapalah kau ni Hafy....risau aku kau tau…”Balas Fahri ringkas diiukuti tangannya yang meliar menarik cuping telinga Hafy.
“Haha…aduh…sakit telinga aku..” Ujar Hafy.
“Tu la…ingatkan apa benda la tadi…nak kene ke telinga lagi sebelah??” Sinis Fahri.
Mereka berdua tertawa keriangan. Hafy memang suka menyakat. Kalau tidak menyakat orang sehari tu, tak sah. Tetapi, disebalik senyuman dan tawanya yang keriangan, berjuta liku terpahat di hatinya yang mengedutkan otak untuk menyelesaikan. Mana tidaknya, Hafy adalah seorang yang perahsia.
*************************************************************************************************



Matahari yang tegak berdiri di atas ubun-ubunku ditemani terik yang teramat sangat panas membakar keringatku. Langkahku dipercepat untuk menuju Bait-Nya. Bergema azan zohor yang dilaungkan maka, bergeraklah pelajar-pelajar lain menuju ke Musolla. Dalam perjalananku itu, aku terlihat sekumpulan pelajar junior yang sedang berjalan dengan orang yang aku sangat kenali. Itulah dia Lukman. Masanya banyak di habiskan bersama junior disekolah. Bibirnya sentiasa mengikatkanku “yang tua dihormati, yang muda disayangi”. Senyuman sentiasa terukir dibibirnya.
“Akhi!!...tunggu…,” Teriak Fahri.
Tersentak aku dari lamunan yang meliar entah ke mana. Langkahku diperlahankan untuk menunggu insan yang bertubuh kecil itu.
“Dari mana?”, Lantas aku menolehkan mukaku kepadanya.

Fahri menjawab, “Dari kelas tadi…ni nak terus pegi solat..”
“Hmmm…jom cepat…dah nak azan dah…” Ujarku ringkas.
Setelah selesai menghadap-Nya, Aku mencapai kalam suci-Nya untuk menghiburkan hati ku ini. Jika aku berpuasa, banyak perkara yang boleh aku lakukan. Secara kebiasaannya, inilah rutin harianku. Tenangnya hatiku apabila bibirku lancar menuturkan kalam yang agung ini.
Seperti biasa, ada pelajar yang pantas ke dewan makan, ada yang terus tidur di musolla dan ada yang terus naik ke kelas. Maka aku memilih untuk naik ke kelas untuk belajar sendiri. Waktu belajar sendiri di sekolah ini mempunyai istilahnya sendiri iaitu prep. Aku mencapai beg galasku dan bersegera mengatur langkah untuk ke kelas. Pada petang ini aku memilih Bilik Redaksi sebagai tempat untukku belajar sendiri dan mengulangkaji pelajaran. Bilik ini adalah khas untuk crew majalah sekolah. Tempat ini juga adalah tempat yang selesa untukku menelaah kitab-kitab kerana suasananya yang tenteram. Tambahan pula, bilik ini berhawa dingin dan menjanjikan 100% keselesaan.
Bilik ini juga merupakan tempat liqa’ bagi barisan pimpinan sekolah untuk membincangkan masalah-masalah pelajar dan perlaksanan usrah. Tersengguk-sengguk aku menelaah kitab seorang diri dan senantiasa disapa bayu aircond yang mempersonakan. Perasaan mengantuk menguasai diri.
*********************************************************************
(bersambung)

No comments:

Post a Comment