PETIKAN SYAIR

'SaudaraMu yang sebenarnya ialah orang yang berada besertamu dan orang itu mengorbankan dirinya sendiri dalam bahagia, semata-mata untuk kemanfaatan dirimu. Itulah sahabatmu, yang apabila kamu dalam keadaan bimbang, ia sentiasa mengatakan secara terus terang kepadamu serta rela mencurahkan tenaga dan kekuatannya semata-mata untuk berkumpul denganmu'

Saturday 7 May 2011

GUNAKAN TEKNOLOGI MAKLUMAT SEBAGAI MEDAN DAKWAH

Umum diketahui, teknologi maklumat amat popular dalam kalangan remaja dan pemuda pemudi. Majoriti yang pandai menggunakan teknologi maklumat terkini adalah dalam kalangan mahasiswa dan mahasiswi yang juga merupakan golongan belia masa kini. Persoalannya, mampukah kita menggunakan teknologi maklumat ini sebagai medan 'jihad'?

Kita sudah ketahui bahawa teknologi maklumat memainkan peranan besar dalam menyebarkan dakwah. lapangan 'alam maya' seperti Facebook, Blog, twitter, friendster,myspace dan sebagainya merupakan 'penghubung antara manusia' yang terkenal abad ini. Malah, kebanyakan mereka yang menggunakan laman sesawang ini terdiri daripada kalangan pemuda dan pemudi. Hanya segelintir sahaja orang yang 'berusia' mempunyai laman sosial tersebut.

Apakah kebaikan laman sesawang tersebut? jika diteliti secara halus, laman sosial tersebut berperanan besar dalam menyebarkan dakwah. Laman sosial seperti Facebook antara laman sosial yang perlu dijadikan 'wadah' untuk menyebaran ajaran islam seterusnya meletakkan islam sebagai agama tertinggi. Caranya terlalu mudah. Apabila anda mengepost sesuatu yang bermanfaat untuk orang lain dan orang tersebut secara tidak langsung berubah kerana 'post' anda, maka disitu anda sudah melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang muslim.

Anda juga mampu meyebarkan perkara-perkara baik seperti jadual kuliah ilmu di masjid, berkongsi ilmu, mengajak kepada kebaikan dan juga mencegah kemungkaran, maka di situ juga anda sedang berdakwah secara langsung. Kita luaskan skop dakwah kita agar pemikiran kita mampu terbuka luas dan mengenal hakikat islam yang sebenar.

Begitu juga jika anda menyebarkan perkara buruk dan fitnah, maka dosa berlipat ganda akan 'ditambah secara automatik' kepada anda setiap saat kerana post anda itu dibaca ramai orang dalam masa  hanya sesaat. Begitu juga dengan gambar wanita dan lelaki yang tidak menutup aurat, maka segala dosa anda akan ditanggung anda sendiri dalam masa sesaat. Bayangkan anda meninggal dunia dalam keadaan gambar anda di laman sosial tersebut berkekalan? apakah Allah tidak mengira dosa anda itu walaupun anda sudah meninggal? bukankah Allah berkata dalam surah al-zalzalah: 'barangsiapa yang mengerjakan keburukan walau sekecil hama sekalipun, maka allah akan balas'.

Teknologi terkini amat hebat, gambar muslimat dengan sewenangnya akan 'diedit' manusia yang tidak memiliki hati budi yang bersih. Mereka mungkin mengedit gambar muslimat daripada berpakaian kepada tidak berpakaian. Manakala bagi lelaki yang ghairah, wajah wanita yang tidak menutup aurat akan 'ditatap' sepuas-puasnya. Lebih-lebih lagi jika tiap minit gambar muslimat yang tidak menutup aurat tersebut ditatap ribuan malah jutaan lelaki,  Maka disitu 'dua-dua' mendapat sahamnya. Siapa pemula, maka itu lebih 'terkena' sahamnya. Hal ini sudah dijelaskan ustaz zaharuddin sendiri dalam laman websitenya zaharuddin.net

Namun, kita sering terlupa bahawa Facebook juga memainkan peranan yang besar dalam 'menjatuhkan' kerajaan yang zalim. Dan gerakan tersebut kebanyakannya bermula daripada PEMUDA!



Teknologi seperti handphone yang semakin popular hari ini dapat memudahkan urusan seseorang dalam berhubung dengan manusia lain. Kepopularan tersebut jika digunakan dengan baik, maka 'hasilnya' berbalik kepada anda jua. Anda mampu menggunakan handphone tersebut untuk menghubungi rakan terdekat, keluarga, mampu mengeratkan hubungan antara anak usrah, mampu memberikan pesanan berguna, saling menelefon sesama sahabat bagi mengejutkan waktu solat subuh dan sebagainya. Jika digunakan ke arah yang salah seperti berbual kosong dan mengumpat mahupun bercakap berlebih-leebihan dengan bukan mahram sehingga menimbulkan nafsu syahwat, maka dosa berbalik pada orang tersebut.

Mungkin juga dengan pesanan ringkas( SMS) mampu menghubungkan ukhwah yang sudah terputus dan sebagainya lagi. 




Blog juga antara salah satu cabang dalam teknologi maklumat dan satu 'ejen' untuk menyebarkan dakwah. Gunakanlah blog dengan baik bagi menarik minat orang ramai mengenali islam secara mendalam dan juga menyebarkan ajaran islam kepada orang yang bukan islam. Saya pernah juga terdengar, hasil sentuhan di Facebook dan blog yang baik, mampu menarik orang bukan islam untuk mengenal islam. Tidak percaya? majoriti agamawan dan ilmuan di Malaysia menggunakan blog sebagai medan untuk berdakwah dan ada antara orang yang bukan islam meminati islam hasil 'nukilan' orang agamawan dan ilmuan itu sendiri. Saya melihat sendiri komen-komen daripada orang bukan islam yang tertarik dengan islam melalui penulisan di blog!

Siapa sangka teknologi maklumat antara 'gerak kerja' berkesan dalam berdakwah. Bagi memastikan islam  tersebar, andalah orang yang bertanggungjawab menyebarkannya. Gunakan kepakaran anda. Jika anda hebat melukis, nah..lukislah karya yang mampu menyentuh tentang keindahan islam itu. Begitu juga jika anda  mempunyai video yang memaparkan keindahan tentang islam itu, maka jangan lupa mengupload di facebook atau blog. Anda tidak tahu siapa yang melihat video anda itu. Jika mereka daripada kalangan orang bukan islam dan tertarik dengan islam dengan melihat video anda,, tidakkah secara tidak langsung anda berjaya berdakwah kepada mereka?

Anda mampu berfikir...

Jadi, marilah kita sama-sama menggembleng tenaga untuk menegakkan syiar islam itu. Jika hari ini anda tidak mampu berjihad di bumi Palestin, maka gunakan teknologi maklumat untuk 'bertempur' dengan orentalis dalam menegakkan kebenaran melalui artikel dan sebaran video kekejaman mereka. Jika hari ini anda tidak mampu dan malu-malu untuk berdakwah dengan orang bukan islam, maka anda mampu berdakwah melalui teknologi maklumat. Anda akan sedar selepas anda berusaha ke arah itu!

Ayuh sahabat sebatch, anda masih muda, anda mampu mematangkan berfikiran untuk bergerak ke hadapan bagi menjenamakan semula salahuddin al-ayubi dan sultan Mahmud al-fateh yang ketika itu baru berusia 19 tahun. Gunakan kesempatan nikmat sihat dan masa lapang yang sering dilupakan manusia ini untuk menyebarkan dakwah! ayuh sahabat....

Saya terkenangkan As-Syahid Imam Hasan Al-Banna, beliau adalah seorang mahasiswa yang sibuk dalam urusan dakwah dan belajar, namun beliau mampu mentarbiyah diri dengan baik sehingga ada dalam kalangan ilmuan barat yang menyanjung beliau. Ada juga yang memusuhi beliau kerana beliau merupakan 'ejen' islam yang utuh! 

Anda mampu mengubahnya..







No comments:

Post a Comment