PETIKAN SYAIR

'SaudaraMu yang sebenarnya ialah orang yang berada besertamu dan orang itu mengorbankan dirinya sendiri dalam bahagia, semata-mata untuk kemanfaatan dirimu. Itulah sahabatmu, yang apabila kamu dalam keadaan bimbang, ia sentiasa mengatakan secara terus terang kepadamu serta rela mencurahkan tenaga dan kekuatannya semata-mata untuk berkumpul denganmu'

Sunday 15 May 2011

CERPEN: BIARKAN AKU SENDIRIAN (sambungan 3)


'kau tahu tak, Shahid tu dah disyaki sebagai mafia yang diburu tu' jelas firdaus kepada solihin. 'Eh, betul ke? aku tak percayalah, mana kau dapat tahu semua berita ni?' solihin seakana-akan tidak sabar untuk mendapatkan jawapan daripada firdaus. 'Semalam, ada orang beritahu, masa kita kumpul dekat dataran depan dewan Nik Muhyiddin Musa sempena minggu palestin, ada orang nampak dia mundar mandir dekat kawasan motorsikal tu'. firdaus mengemukakan jawapan kepada solihin. 'ah, aku tak percayalah!, dia sahabat aku yang paling rapat sekali, aku dah kenal dia sangat, dia takkan buat macam tu punya'. Solihin mempertahankan shahid. 'Kau tak percaya sudahlah'. Firdaus seakan melepaskan geram. 'kita tunggu bukti dulu'. Solihin membalas.


***********************************************************************************

 Shahid kini disyaki sebagai mafia yang dicari. Di sana sini heboh mengatakan bahawa beliau adalah penjenayah yang disyaki, dunianya kian berubah,sahabat sekelasnya juga seakan tidak mempercayai kewujudannya lagi. Dia benar-benar terhimpit. Kehidupannya jauh berubah, dia semakin murung, sahabatnya memulaukannya walhal tiada bukti yang mengatakan dia benar-benar mafia tersebut.  Dia kini bersendirian ibarat terhimpit di penjara majusi. Segala tindak tanduknya diperhatikan orang sekeliling. Namanya kian buruk, lebih buruk lagi, dia juga mendapat surat layang daripada orang yang tidak berpuas hati dengannya agar berterus terang bahawa dia adalah mafia tersebut. Malah, ada yang menulis surat supaya dia mengganti rugi motorsikal yang telah dicurinya.


'Shahid, kau tak apa-apa ke ni?' solihin datang merapati tubuh shahid. 'Aku tak apa-apalah solihin, aku nak tanya kau boleh?' shahid memulakan perbualan. 'seribu soalan pun tak apa'. solihin bercanda. 'kenapa kau tak pulaukan aku macam kawan-kawan lain pulaukan aku?' shahid meminta jawapan. 'Aku tak ada hak nak menghukum seseorang shahid, kau ingat lagi janji kita dulu tak? aku berjanji pada kau takkan biarkan kau bersendirian, kalau kau jatuh ke neraka sekalipun, aku akan cuba papah kau kembali biar akhirnya kita memimpin tangan ke syurga'. Solihin sekan cuba untuk membawa shahid mengenang kembali perjanjian mereka sewaktu dahulu. 'kenapa kau baik sangat dengan aku?' shahid cuba menguji solihin. 'shahid, yang dinamakan sahabat itu apabila dia bersama-sama kita sewaktu senang dan susah, waktu sihat dan sakit, kalau sahabat sewaktu senang sahaja, itu bukan sahabat namanya, itu lawan!' lembut solihin berbicara.

'Solihin, kau tau tak, kau sorang je sahabat aku yang betul-betul percayakan aku, waktu aku susah kau ada kat sisi, kau tiupkan semangat aku kembali'. linangan air mata membasahi pipi shahid seakan dia tidak percaya bahawa masih ada lagi insan yang benar-benar mempercayai dan menghargai dirinya. 'Sudahlah tu shahid, aku pun manusia biasa juga, kita sama-sama nasihat menasihati, bukankah Allah menyuruh kita berlumba-lumba dalam melakukan kebaikan?' shahid mengganguk tanda setuju. Mereka berbual agak lama di perkarangan masjid sambil bertemankan bulan yang menerangi malam.


***********************************************************************************




Kelihatan polis semakin ramai mengerumungi bangunan itu. bomba juga sudah bersiap sedia di bawah bangunan mengawal keadaan sekiranya berlaku apa-apa tragedi. Di atas bangunan itu terdapat seorang pemuda sedang bertempur dengan maut.


'Shahid, Kenapa dengan kau ni?' teriak solihin kepada sahabatnya itu. 'Aku dah putus asa solihin!' shahid menjerit sekuat hati. 'Kau jangan biarkan hidup kau tu dicampakkan ke dalam api neraka wahai sahabatku!' solihin cuba menenaNgkan shahid. 'kenapa kau buat macam ni?' solihin cuba mengawal keadaan. 'Aku dah tak ada sapa-sapa lagi kat dunia ni, kau dah lupakan janji kau dulu! kau biarkan aku sendirian!' shahid meluahkan rasa kesalnya kepada solihin. 'Ya sahabatku, aku tidak pernah melupakan engkau sebagai sahabatku, tiap kali kau ditimpa masalah, aku juga terasa kesakitannya juga. Kau ibarat nyawaku juga, setiap kali aku solat, aku tidak pernah sesekalipun lupakan nama kau dalam doa aku'. Air mata solihin berlinangan mengenangakan kembali detik-detik manisnya bersama shahid.

Shahid terkedu mendengar jawapan sahabatnya itu. Dia cuba bergerak kembali ke hadapan sedikit demi sedikit, namun atas kecuaiannya, kakinya tergelincir. Lalu solihin dengan perasaan tekejut bercampur risau berlari ke arah shahid.

Shaaaaaaaaaaahiiiiiiiiiiiiiiiddddddddddddd.....!!!!!!!!!!!!!!', sepantas kilat solihin berlari ke arah shahid lalu beliau merebahkan badannya dan sempat juga menangkap tangan shahid daripada terjatuh daripada bangunan.


'Kau dah gila ke, ha?' solihin melepaskan geram. 'aku mintak maaf solihin'. Wajah kesal jelas terpampang pada wajah shahid, lalu solihin menarik tangan shahid ke atas permukaan bangunan.


'u..u..h..i..' . shahid tergagap untuk mengatakan sesuatu kepada solihin'. 'apa dia shahid?' solihin berbicara lembut.'uhibbukafillah ya solihin'. shahid meluahkan perasaannya kepada solihin. Solihin tergamam, tidak disangka-sangka sahabatnya akan menyebut perkataan itu, suasana berubah menjadi tenang seketika..'uhibbukafillah aidon' solihin berbicara. Air mata ego shahid selama ini berguguran, jelas terpancar pada wajahnya kegembiraan yang tidak terkira.


*************************************************************************************


'Ya Allah, sudah pukul berapa ni?' astagfirullah dah pukul 6.30, aku dah lewat pergi kelas ni' shahid terbangun daripada mimpi yang panjang. Tanpa berlengah masa, dia bersujud syukur pada tuhan yang esa kerana membenarkannya hidup lagi di dunia ini, dia juga bersyukur kerana dikurniakan sahabat sebaik solihin walaupun dia tidak pernah menghargai solihin seadanya.


'Ya Allah sekiranya aku tidak mampu menjadi sahabat yang baik kepada solihin, kau ampunilah dosaku, kau berikanlah kebahagiaan di dunia dan di akhirat kepada sahabatku itu, kau kurniakanlah dia sahabat yang lebih baik kepadanya. terima kasih kerana memberikan aku petunjuk Ya Allah!!!!!!!!!'. shahid berdoa dengan khusyuk sekali sehingga dia sendiri tidak perasaan sejadah yang disujudnya dibasahi air matanya.


Lalu dia mencapai handphonenya dan menulis mesej kepada solihin..'terima kasih solihin sebab jadi sahabat aku :-) '..

TAMAT..........................................





2 comments:

  1. salam...sangat menarik..tapi ana rasakan cerita anta ni tak habis,boleh dikira tergantung...sbb kita tak dapat tau apa kesudahan bgi "mafia" tu???rasenyer apa motif sbnar nyer kisah persahabatan ni dengan mafia..boleh terangkan sikit....syukran..wasalam

    ReplyDelete