PETIKAN SYAIR

'SaudaraMu yang sebenarnya ialah orang yang berada besertamu dan orang itu mengorbankan dirinya sendiri dalam bahagia, semata-mata untuk kemanfaatan dirimu. Itulah sahabatmu, yang apabila kamu dalam keadaan bimbang, ia sentiasa mengatakan secara terus terang kepadamu serta rela mencurahkan tenaga dan kekuatannya semata-mata untuk berkumpul denganmu'

Tuesday 3 May 2011

QURAN ITU PETUNJUK UMAT ISLAM


Al-quran itu petunjuk untuk umat manusia bahkan bertindak sebagai 'penguat' kepada jiwa manusia untuk mengakui kebenaran dan risalah yang dibawa nabi-nabi terdahulu termasuk nabi kita, Muhammad s.a.w.

Alhamdulillah, kita telah pun selesai menghadapai amali hafazan juzuk 30 untuk pelajar aliran kos pengajian agama dan bahasa arab. Mudah-mudahan dengan ujian hafazan tersebut mampu membentuk diri seorang guru yang cintakan al-quran bukan sahaja ketika peperiksaan mahupun amali, bahkan sehingga mati kelak.

Bagi pelajar bahasa arab, hari ini adalah hari terakhir amali dan bagi pelajar Pengajian Agama, ujian amali akan diteruskan lagi pada besok hari untuk surah-surah lazim dan panjang. InsyaAllah, kita hanya berusaha yang terdaya, natijahnya, Allah yang 'uruskan'.

Apabila seseorang berjaya menjadi 'penghafaz' quran, maka jangan dilupa bebanan yang akan dibawa untuk mengajar kepada manusia lain tentang isi-isi quran tersebut. Apabila menghafaz ayat-ayat quran, sudah semestinya seseorang akan cuba mentadabbur ayat itu sebaik mungkin bagi memahami maksud yang ingin disampaikan kepada manusia seluruh alam.

Namun, sejauh mana kita menghayati al-quran itu terletak pada kadar usaha dan ilmu yang kita perolihi. Jika banyak ilmu yang kita peroleh, maka jangan lupa disebarkan agar manusia lain disekeliling kita juga turut mengetahui apa yang kita peroleh sewaktu belajar dahulu.

Hal ini kerana Nabi muhammad pernah bersabda: 'Sampaikanlah darimu oleh ku walaupun satu ayat'. Bagi yang menghayati hadis nabi ini sudah tentu akan berusaha mengikuti hadis ini dan cuba sedaya upaya mengamalkan hadis ini tetapi ingatlah jikalau kita sampaikan kata-kata nabi ini dalam keadaan berdusta, sudah tentu kita akan mendapat balasannya juga iaitu neraka Allah s.w.t.
 

Dalam quran terdapat banyak perkara yang boleh kita ketahui sama ada perkara yang sudah berlaku, sedang berlaku mahupun yang akan berlaku, Allah sudah jelaskan lafaznya melalui quran tetapi cuma keadaan iman manusia itu sahaja yang membezakan sama ada mahu mengikutinya ataupun memalingkannya walaupun kata-kata dalam quran itu datangnya dari Allah.

Al-quran adalah mutiara kata dari Allah untuk hamba-hambanya. Bagi mereka yang kufur, sudah tentu akan cuba memalingkan kata-kata Allah walaupun mereka sudah mengetahui kebenarannya. Kita lihat sahaja sewaktu zaman Nabi kita, Muhammad. Baginda sudah sedaya upaya menyampaikan kebenaran dan menunjukkan bukti kekuasaan Allah kepada mereka, Namun mereka tetap kufur malah mengatakan Muhammad itu gila dan ahli sihir.

Tetapi adakah nabi Muhammad berputus asa begitu sahaja dalam menyampaikan dakwahnya? Tidak sama sekali. Malah, dakwah baginda semakin mantap dan kukuh kerana baginda MENGAKUI KEBENARAN KATA-KATA ALLAH dan baginda akui kata-kata Allah itu bukanah dusta malah baginda beriman dengan-Nya.

Jika kita lihat situasi semasa, ramai para ilmuan dan agamawan cuba menyambung 'tradisi' perjuangan nabi kita tetapi perjuangan mereka seakan-akan kehilangan arah kerana ramai manusia tidak lagi mahu mendengar ayat-ayat Allah sedangkan bagi manusia yang berfikir, yang dikurniakan akal yang sihat, sudah tentu mengakui kebenaran ayat-ayat Allah tersebut, namun mereka tidak yakin dengan janji-janji Allah.

Lihat sahaja kes buang bayi, kes zina, kes liwat, kes video seks, kes pecah amanah dan sebagainya yang telah dijangkiti sebahagian umat islam di Malaysia. Mereka alpa dengan ayat-ayat Allah sedangkan mereka tahu ayat itu datangnnya daripada Allah. bahkan ayat Allah itu tidak dapat direka-reka berbanding hadis nabi yang boleh diselewengkan sanad dan matannya.

Malah, Allah mencabar 'pakar bahasa' untuk menukarkan bahasa arab (quran) itu, tetapi mereka tidak akan sesekali berjaya. Itu janji Allah. Sahabat sekalian, andai kata kita beriman dengan hari akhirat, hari kiamat, hari kebangkitan, sudah tentu  keadaan umat islam tidak akan menjadi 'lesu' seperti sekarang. Malah, jika manusia  berpegang erat pada quran dan sunnah, sudah pasti keadaan umat tidak menajadi 'kritikal'seperti zaman sekarang. 

Bayangkanlah jika umat islam berpegang erat pada 'kata-kata' Allah ini, sudah tentu manusia akan hidup aman damai, tiada lagi perpecahan, saling berlapang dada, saling tolong menolong dan sebagainya yang memberi manfaat itu sendiri. 

Oleh itu, marilah kita bersama-sama menghayati islam itu dengan jalan yang sebenar (syariat) agar kita menjadi manusia yang diberkati dan diredoi Allah s.w.t. Jadilah manusia yang berpegang teguh pada tali Allah agar kita tidak terpesong dikemudian hari.














No comments:

Post a Comment