PETIKAN SYAIR

'SaudaraMu yang sebenarnya ialah orang yang berada besertamu dan orang itu mengorbankan dirinya sendiri dalam bahagia, semata-mata untuk kemanfaatan dirimu. Itulah sahabatmu, yang apabila kamu dalam keadaan bimbang, ia sentiasa mengatakan secara terus terang kepadamu serta rela mencurahkan tenaga dan kekuatannya semata-mata untuk berkumpul denganmu'

Thursday 19 May 2011

CERPEN: 'CINTA DI UFUK MENTARI' (SAMBUNGAN)

Sambungan cerpen...bacalah dan hayati watak tersebut, moga-moga anda mendapat sesuatu tentang cinta yang sebenar.



Tengah hari itu, Akmal dan sahabatnya Amir telah pergi menunaikan solat fardu jumaat di Masjid Al-Azhar, mereka berdua berjalan kaki beriringan bersama-sama bagi memperoleh pahala yang lebih pada hari yang agung itu. Sambil berjalan kaki mereka berdua  asyik berbual tentang 'bidadari' yang telah ditemui Akmal pada hari semalam.


' Mir, semalam ana terlanggar seorang muslimat dekat tangga, lepas tu ana tengok mukanya, Ya, Allah, cantiknya mir. Nada semangat jelas kelihatan terpancar pada wajah Akmal.


'Enta kenal ke 'bidadari' tu? Amir mahu kepastian.

'Eh, tak de la, ana baru jumpa semalam, nama  pun tak tahu'. Akmal kebingungan.


' Daripada cara enta macam dah kenal lama je muslimat tu'. Amir mengenakan sahabatnya itu.


'Ana rasa, ana dah jatuh hati la dengan dia  Mir, Apa pendapat enta?'

'Ya Allah, serius rupanya 'penyakit' sahabat ana ni'. Amir seakan tidak percaya.


'Enta rasa macam mana, perlu ke ana taaruf muslimat tadi? Akmal seakan yakin muslimat itu dikenalinya.


'Erm, ana rasa elok enta taaruf dulu sebabnya waktu ana dan Solehah dahulu, ana kenal dia dengan bertaaruf'. Amir meletakkan tangannya ke bibir seolah-olah memikirkan sesuatu.

Akmal mengiyakan cadangan Amir, bagi Amir, dia selalu berdoa supaya sahabatnya itu cepat-cepat dipertemukan jodoh agar dia tidak kesepian dalam kehidupannya. Amir begitu yakin sekali bahawa Akmal mampu memimpin keluarganya dengan baik bahkan mampu membawa keluarganya ke peringkat 'baitul muslim'.


Dalam keadaan mereka sedang berjalan menuju ke masjid, Amir bergerak sedikit ke pertengahan jalan. Tiba-tiba sebuah lori memecut laju dari arah belakang dan melanggar badan Amir dengan kejam.

'A..aa..mmii....rrrrr..!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!'. Akmal menjerit sekuat hati.Akmal terus berlari ke arah Amir tanpa menghiraukan pemandu lori itu. Orang ramai mula menghampiri kawasan kemalangan tersebut.

'Mir, bangun Mir, jangan tinggalkan ana!!', Mir bangun Mir, ana sayangkan enta'. Akmal membangku badan Amir yang berlumuran darah, badan Amir diselimuti darah yang tidak henti-henti, kini, nyawa Akmal di hujung tanduk.

'TOLONG PANGGILKAN AMBULANCE!' Akmal menjerit meminta tolong dengan orang disekelilingnya.

'Mir, tolong jangan tinggalkan ana'. air mata Akmal mengalir deras seolah-olah kejadian ini seakan mimpi ngeri yang akan terus menyelebungi dirinya.

Akmal terus menangis membangku sahabatnya itu, dia seakan-akan tidak percaya kejadian yang berlaku di hadapannya. Lebih membuatkan Akmal bertambah sedih, dia terpaksa melihat sahabat baiknya, Amir dilanggar lori sehingga berterbangan badannya. 


'Mal, ammbi..illll suu..rraa..tt..ni..'Amir mula bersuara perlahan seakan-akan orang yang sudah tidak terdaya lagi..


Akmal menerima surat itu daripada Amir. 

Amir menghembuskan nafas terakhir di tempat kejadian. Akmal mendakap tubuh badan sahabatnya yang terkulai layu itu seeratnya seakan-akan tidak mahu dilepaskannya sambil berdoa kepada Allah dalam keadaan yang teramat sayu.

'Ya Allah, hari ini engkau telah mengambil sahabat yang telah ku cintai kerana-mu, Dia telah banyak mengajarku erti kehidupan, selama ini aku tidak pernah sunyi dengan kehidupanku setelah engkau mengurniakan sahabat yang sehebat Amir, tetapi hari ini kau telah penuhi janji-janjimu, maka dengan itu Ya Allah, ampunkanlah dosanya, kasihilah dia, sesungguhnya aku mengasihi dia. Tempatkanlah dia dalam kalangan orang yang soleh.'. Amir menangis tersedu-sedu teringatkan sahabat yang banyak mengubah hidupnya sejak di bangku sekolah lagi, segala kenangan muncul satu persatu dan kini, sahabatnya itu telah pergi meninggalkannya untuk selama-lamanya.

**********************************************************************************

Amir telahpun pergi 5 bulan yang lalu, namun Akmal tetap tidak dapat melupakan sahabatnya itu. Bagi Akmal, sahabatnya ibarat nyawanya. Jika dia terasa sakit, maka yang lain juga akan turut merasa sakit. Begitulah sayangnya Akmal kepada Amir sehinggakan hadiah yang telah diberikan oleh Amir dijaga dengan baik. Bagi Akmal, hanya hadiah daripada Amir itu sahaja kenangan yang masih ada padanya.


Kini, Akmal sudah berada di Malaysia bagi menziarahi ibu bapanya yang sudah bertahun tidak dijumpainya. Ayah Akmal membawanya ke rumah rakan bapanya itu untuk mengenalkan Akmal dengan seorang wanita. Akmal sudah tidak kisah lagi pada jodoh, dia sering teringat pesanan Amir, lelaki yang soleh untuk wanita yang solehah. Kini, Amir pasrah sahaja pada jodohya, dia kini tidak lagi merungut. 

'Assalamualaikum ya fifi, ini anak anak yang ana beritahu dulu'. Bapa Akmal memperkenalkan Akmal kepada rakannya.

'Waalaikumsalam ya Fauzi. Owh, inilah dia Akmal tu kan? marilah duduk dulu, pak cik nak siapkan makanan dulu.' Pak cik Fifi masuk ke dapur rumahnya sambil memanggil anak perempuan dan isterinya turun ke bawah.

Akmal duduk di kerusi sofa sambil matanya melihat sekeliling rumah, tiba-tiba seorang wanita yang berpurdah bersama ibunya turun dari tangga perlahan-lahan sambil menundukkan pandagan. Akmal juga sempat menundukkan pandangannya.


'Akmal, kenalkan anak pak cik, Aisyah'. Pak cik Fifi duduk mempersilakan mereka makan makanan yang dibuatnya.

'Akmal mendongakkan mukannya lalu dilihat wajah perempuan itu. Subhanallah!'. Akmal terkejut apabila melihat wajah wanita itu, Akmal amat kenal sangat dengan perempuan tersebut. Mana tidaknya, mereka pernah bertemu sewaktu 'berlaga' di tangga ketika belajar di Meir dahulu. 

Jantung Akmal berdegup kencang seakan-akan pandangannya itu tidak mahu ditundukkan, terus menerjah tepat ke arah wanita itu.

Bapa Akmal dan pak cik Fauzi kehairanan. Mereka seolah-oleh mengerti bahawa Akmal dan Aisyah saling suka menyukai antara satu sama lain.

 **********************************************************************************

'Macam mana Mal, anak ayah ni berkenan tak dengan Aisyah tu?'. Pak cik Fauzi memulakan perbualan sambil tangannya sedang memegang stering kereta.

'Yah, mal tak tahu nak cakap macam mana, Mal ikut jawapan ayah je, kalau ayah suka, mal pun ok ja, kalau ayah tak suka, Mal merajuk nanti'. Akmal menyakat bapanya itu. Ayahnya juga turut tergelak melihat kenakalan anaknya itu bergurau senda dengannya.

'Kalau begitu, Ayah akan aturkan tarikh perkahwinan kamu berdua'. Pak cik Fauzi memberikan jawapan.

'Ok yah, mal sayang ayah!'. Akmal berasa gembira dengan jawapan ayahnya itu.

'Yela mal..'. Ayahnya tersenyum melihat anaknya sedang mengelamun sambil memandang ke arah luar tingkap ditambah lagu radio ketika itu jelas kedengaran lagu dari Maher Zain bertajuk 'for the rest of my life'.

Hujan turun renyai-renyai membuatkan Akmal tertidur kerana kepenatan. Malam itu malam yang indah buat dirinya.

**********************************************************************************

Perkahwinan antara Akmal dan Aisyah disatukan dengan ribuan jiran tetangga, sahabat handai dan teman rapat datang mengunjungi rumah mereka di Batu Pahat, Johor. Perkahwinan mereka secara sederhana tetapi tetap meriah. Tiada tepung tawar dan perarakan, yang ada cuma duduk di atas pelamin sahaja. Keluarga mereka berpegang kuat pada sunnah dan tidak mahu sesekali perkahwinan mereka dicemari dengan perkara khurafat.


Akmal dan Aisyah kini sah sebagai suami isteri.


Pagi itu, Akmal dan Aisyah bersarapan bersama-sama pak cik Fauzi.


'Awak, ini tehnya, rasalah, saya dah cuba belajar dengan ayah awak tadi.' Aisyah meletakkan cawan di hadapan suaminya.


'Isyh, manisya teh awak ni, tapi tak mengapalah disebabkan tangan awak yang buat, saya rasa sedap je'. Akmal cuba bergurau dengan isterinya.

'Awak ni jahatlah,  saya dah cuba yang terbaik tapi itu itu je saya termampu.' Aisyah cuba buat-buat merajuk.

' S aya rasa kalaulah teh orang lain lagi sedap daripada teh awak, saya tetap akan minum teh awak, awak jangan risau, saya tetap sayangkan awak.' Tangan Akmal memegang tangan isterinya disisinya.

'Betul ni?'. Asiyah mahukan kepastian.


'Betul sayang, bagi saya, awak tiada gantinya, awak umpama bidadari syurga bagi saya, biar awak dan saya bersama-sama di syurga nanti ye.' Akmal meluahkan perasaannya.


Mereka berdua berpandangan sesama sendiri seolah mereka baru sahaja bercinta.


**********************************************************************************


Akmal terlupa akan sesuatu yang sekian lama telah dilupakannya, tiba-tiba dia teringat akan surat yang pernah dikirimkan Amir sewaktu dahulu. Surat itu masih lagi belum dibukanya. Kini, Akmal mencapai surat itu di dalam kotak rahsianya dan di bukanya dengan perlahan sambil di kertas tersebut mempunyai darah yang telah kering. Akmal kembali teringat akan janji sahabatnya itu.


'Kepada sahabatku Akmal, ana harap enta sentiasa di bawah lembayung rahmat Allah, tujuan ana menulis surat ini kerana ana seakan-akan bersedia untuk menghadapi ketentuan Ilahi untuk kita berpisah di dunia ini, sebelum ini, sudah banyak tanda-tanda kematian yang datang pada ana yang telah ana simpulkan melalui hadis-hadis nabi yang sohih, jadi sebelum ana pergi dulu, ana teringat akan pesanan nabi yang menyuruh umatnya berwasiatkan sesuatu sebelum pergi meninggalkan dunia. Ana rasa ana tidak lama lagi di dunia ini, ana mohon jikalau enta tidak keberatan, kahwinilah isteri ana, Solehah. Ana berharap enta dapat membahagiakan dia dengan sikap kasih sayang yang ada pada enta, ana percayakan enta. Itu sahaja permintaan ana untuk enta. Doakan ana selamat di sana.'
                                                                                                                             (sahabatmu, Amir) 

***********************************************************************************
(bersambung)

No comments:

Post a Comment