PETIKAN SYAIR

'SaudaraMu yang sebenarnya ialah orang yang berada besertamu dan orang itu mengorbankan dirinya sendiri dalam bahagia, semata-mata untuk kemanfaatan dirimu. Itulah sahabatmu, yang apabila kamu dalam keadaan bimbang, ia sentiasa mengatakan secara terus terang kepadamu serta rela mencurahkan tenaga dan kekuatannya semata-mata untuk berkumpul denganmu'

Saturday 14 May 2011

CERPEN: BIARKAN AKU SENDIRIAN (sambungan 2)

Fitnah yang melata...


 Fitnah itu boleh membunuh jiwa orang yang tidak berdosa...


Suasana di kelas haru biru dengan berita sensasi kehadiran Mafia di IPG. Kelihatan kesemua pelajar sibuk mendapatkan berita daripada Fauzi. Kehadiran 'mafia' benar-benar menjadi topik hangat di IPG ini sekaligus memadamkan terus keseriusan pelajar untuk menghadapi peperiksaan.


Jabatan perwakilan pelajar juga kerap kali bersidang untuk 'mencungkil' identiti Mafia yang sebenar. Mereka bertungkus lumus mencari identiti Mafia yang licik itu. Poster-poster juga sudah bertebaran di seluruh IPG yang mengatakan keseriusan terhadap aktiviti jenayah 'mafia' yang suka mencuri motorsikal. Mereka mengharapkan agar pelajar IPG lebih berhati-hati dalam meletakkan motorsikal mereka dan mengingatkan mereka supaya 'menggari' motorsikal mereka sehabis baik.


'Beh, kau jumpa Mafia tu ke semalam?' fikri seakan serius menanyakan soalan itu kepada Fauzi. 'Yela, takkan ana nak tipu enta kot'. Fauzi mengusik rakannya itu. 'Habis tu kau buat apa beh, kau tak guna silat kau yang hebat tu ke?'. Fikri sekan tidak percaya bahawa rakannya itu antara orang yang bertuah menemui 'mafia' yang diburu orang ramai itu. 'Aku dah cuba lawan, tapi tak sempat aku nak bertindak, dia dah tendang perut aku dulu, sakit perut aku kau tau!' fauzi seakan geram dengan tindakan mafia tersebut ke atas dirinya, lalu disimpan dendam yang membara ke atas Mafia itu. 'Abeh aku rasa kau terlupa sesuatu la'.Fikri cuba menggertak fauzi. 'apa dia?' fauzi seakan ghairah untuk mengetahui maksud tersirat Fikri. 'Kau lupa kirim salam kat mafia tu la beh'. Fikri tergelak keseorangan. 'nak kena budak kecik ni'.Fauzi tersenyum sendirian melayan karenah sahabatnya itu.

*********************************************************************************


Di masjid Imam Syafie kelihatan 'mata-mata' sedang memerhatikan abang senior sedang berucap di masjid itu. Seorang demi seorang abang senior tampil ke hadapan sambil memberikan nasihat kepada adik junior mereka. Ucapan bertali arus mereka diselangi dengan nasihat terhadap pencuri motorsikal itu. Pelbagai hadis dan dalil dikeluarkan, malah tiada kutukan dan hinaan dilemparkan kepada si pencuri itu, mereka hanya memberikan nasihat supaya adik-adik junior dapat bersabar dengan ujian ini kerana ujian ini untuk hamba-hambanya yang beriman. Bagi abang senior, tugas sebagai daie adalah penyeru, bukan penghukum!


Abang Izzul  juga tidak ketinggalan untuk memberikan serba sedikit nasihat untuk adik-adiknya. 'Hari ini, kita diuji dengan ujian yang berat tetapi tidaklah sehebat ujian yang diturunkan kepada nabi kita Muhammad, kita perlu kukuhkan hati kita menerima ujian dan dugaan ini dengan berlapang dada, mungkin juga ujian kehilangan motorsikal ini satu tarbiyah daripada Allah untuk antum dan antunna semua. Mungkin dengan kehilangan motorsikal ini mampu mendekatkan diri kita kepada Allah. Allah mahu kita kembali rapat dengannya. Jika dahulu dengan motorsikal ini telah melalaikan antum dan antunna semua, jadi dengan ujian ini mungkin juga satu cara Allah untuk mendekatkan dirinya kepada-Nya. Jangan lupa untuk memohon ampun dan doa kepadanya.' abang izzul memberi sedikit pengharapan kepada adik-adik junior mereka supaya mereka tidak gundah gelana. 

Di tingkat atas masjid tersebut 'mata-mata' tersebut terus menatap tepat ke arah senior-senior mereka. 'hahaha'hihihi,huhuhu..' kau ingat kau buat ceramah macam tu, aku nak putus asa la ha? sori beb, ini mafia ok!' kelihatan pemuda yang berbaju merah duduk tingkat atas masjid tersebut mengomel sendirian. Ha, aku ada rancangan baru, baik punya! kau tunggu la JPP. hahaha,huhuhu,hihihi..kau berani kacau tugas aku, kau tanggung sendiri!


*********************************************************************************


'Anip, kau buat apa tu?' shahid sibuk melihat anip mendengar sesuatu di telinganya menggunakan earphone. 'Aku dengar lagu nasyid la'. Anip menjawab dengan selamba. 'e'eleh, tak main la lagu nasyid ni,  dengar la lagu inggeris, baru rock!'. shahid menuturkan idea kepada Anip. 'Aku dengar ni lagu inggeris la, nah, cuba kau dengar!' Anip meletakkan earphonenya ke telinga Shahid. 'Wei, mana kau dapat lagu ni? best la, siapa artis dia tu? aku tak kenal pun'. Shahid kehairanan. 'Itulah artis terkenal masa kini, Maher Zain'. Anip berbicara lembut.' Apasal aku tak tahu pun?' shahid meluahkan ketidakpuasan hatinya. 'sebab kau tak tanya'. Memang itulah lagu yang sering didengarkan Anip setiap pagi. Baginya lagu yang bertajuk The chosen one itu benar -benar mengajak dirinya mengenali Rasulullah, ikutan umat islam, nabi penyuluh alam. Baginya lagu yang didendangkan oleh barat benar-benar tidak mampu mengajaknya kepada Allah, malah liriknya juga dengan jelas melalaikan dan tidak bermakna apa-apa. Sedangkan lagu yang dinyanyikan Maher Zain kelihatan baik pada susunan katanya dan mampu mengajak manusia mendekati yang esa. 

Baginya, dakwah itu bukan setakat berceramah sahaja, tetapi lebih luas lagi, mengeluarkan suara untuk berjihad, berblog, media massa, berkomik dan apa-apa sahaja yang mendatangkan kebaikan untuk umat islam juga dikategorikan sebagai dakwah.


***********************************************************************************


Pagi keesokannya, kesemua pelajar gempar apabila 2 biji motorsikal milik abang khomeini dan akmaluddin Fauzi hilang secara serentak di masjid. Kedua-dua motor tersebut berjenama LC. JPP terus dipersalahkan oleh para pelajar kerana mereka tidak mampu menangkap mafia yang tidak berhati nurani itu. Pebagai surat layang datang secara mendadak kepada EXCO kepimpinan JPP, mengeji dan mengutuk tindakan mereka walhal mereka sudah berusaha keras melakukan tugasan itu. Namun, Allah menguji mereka dengan ujian yang berat, krebiliti mereka seakan tergugat, malah pelajar juga tidak mempercayai mereka lagi.

Lebih buruk lagi, Mafia telah mengaburi mata para pelajar supaya membenci JPP dengan pelbagai poster disebarkan kepada para pelajar tentang fitnah ke atas barisan sof JPP. 


************************************************************************************
(BERSAMBUNG)



1 comment:

  1. nama dalam cerepn di atas sekadar coretan..maafkan sekiranya ada dalam kalangan anda yg tidak berpuas hati.

    ReplyDelete