PETIKAN SYAIR

'SaudaraMu yang sebenarnya ialah orang yang berada besertamu dan orang itu mengorbankan dirinya sendiri dalam bahagia, semata-mata untuk kemanfaatan dirimu. Itulah sahabatmu, yang apabila kamu dalam keadaan bimbang, ia sentiasa mengatakan secara terus terang kepadamu serta rela mencurahkan tenaga dan kekuatannya semata-mata untuk berkumpul denganmu'

Friday 20 May 2011

CERPEN: 'CINTA DI UFUK MENTARI' (SAMBUNGAN)

Jika cinta itu tiada pengorbanan, maka pada cinta itu tiada nilainya...






'Ya Allah, apakah dugaan yang kau berikan kepadaku ini?'. Akmal menghempaskan dirinya di atas sofa sambil tangannya memicit-micit kepalanya seakan-akan orang yang sedang kebingungan.


Dia kini terhimpit dengan pelbagai ujian, antara sahabat dan kekasih. Akmal sangat menyayangi Amir, dia tidak mahu mengkhianati sahabatnya itu. Malah, Amir juga sudah terlalu baik dengan dirinya, keluarganya juga sudah menganggap Amir sebagai anak sendiri.


'Awak sakit ke?' meh saya urutkan'. Aisyah datang menghampiri suaminya lalu diletakkan badannya atas peha Akmal. 


'Eh, awak datang dari mana ni?'. Akmal kebingungan.


'Awak ada masalah ke? saya turun dari tingkat atas pun awak tak nampak'. Aisyah memgang tangan Akmal.


'Yeke? 'Akmal tersenyum sambil memandang isterinya yang ayu itu.


'Awak kalau ada masalah, kongsilah dengan saya, saya kan isteri awak, sepatutnya antara kita berdua  tidak ada rahsia. Awak pakaian saya, saya pakaian awak'. Aisyah meluahkan perasaannya.


'Eh, mana boleh macam tu!. Saya tak akan benarkan'. Akmal melepaskan tangan Aisyah sambil raut wajahnya turut berubah.


'Kenapa awak cakap macam tu?'. Aisyah mahukan kepastian.


'Awak tak boleh pakai pakaian lelaki, saya takkan benarkan'. Akmal  memandang Aisyah sambil tersenyum.


' Awak ni nakallah'. Aisyah mencubit pipi Akmal.  Sudah menjadi rutin harian Akmal bergurau senda dengan Aisyah. bagi Akmal, jika gurauan itu tiada unsur yang menyalahi syarak, maka gurauan itu digalakkan untuk mengukuhkan kasih sayang. Bahkan, nabi sendiri pernah bergurau dengan orang di sekeliling baginda.


'Awak dah sarapan?'. Aisyah menyoal Akmal.


'Erm, belum lagi, awak?'. Akmal terleka menonton rancangan di tv9, Tanyalah Ustaz.


'Jom kita sarapan'. Ajakan Aisyah diiringi senyuman manis daripada suaminya.


'Jom bidadariku'. Akmal menarik tangan Aisyah ke dapur.


***********************************************************************************


 'Ya Allah, tunjukkanlah aku jalan keluar!' Ya Allah, kasihanilah diriku'. Berilah aku kekuatan untuk menghadapi ujian ini'. Aku tidak meminta pada-Mu dikurangkan ujian, tetapi aku minta pada-Mu di besarkan iman'. Bantulah aku Ya Rahman..!'. Akmal bersujud lama dalam solat malamnya, air matanya terus berlinangan memikirkan 'surat' dari sahabatnya, Amir.


Pagi itu, Akmal bertekad meneruskan hajatnya untuk berjumpa dengan Solehah. Jarak antara rumahnya tidaklah jauh, hanya beberapa kilometer sahaja. Berjalan kaki sahaja sudah memadai untuk sampai ke rumah Solehah. Akmal ingin berbincang sesuatu dengan Solehah berkenaan surat dari Amir.


'Assalamualaikum'. Akmal memberikan salam sesudah sampai ke destinasi yang dituju.


Lama Akmal menunggu, barulah pintu pagar dibuka. Akmal dijemput masuk oleh pembantu rumah Solehah.


'Masuklah pak, Cik Solehah sedang solat duha'. Pembantu rumah dari negara seberang itu menyarankan agar Akmal duduk sementara menunggu Aisyah selesai menunaikan solat duha.


Akmal memandang sekeliling rumah,terlalu besar dan mewah, dekorasi arab menjadi pujaan Amir sejak dia berada di sekolah rendah lagi, kini rumahnya penuh dengan koleksi perhiasan dari negara arab. Simple tetapi cantik.


' Ya saudara, ada apa kamu ke mari?'. Solehah bertanyakan sesuatu kepada Amir.


'Saya sebenarnya mahu berbincang dengan kamu berkaitan Amir'. Akmal serba salah menyebut nama Amir.


'Amir?'. Ada apa-apa yang tidak kena dengan Amir?'. Solehah bersuara lembut tetapi tegas.


'Saya nak bagi surat yang Amir bagi dekat saya kat awak. Awak baca dulu nanti kalau awak ada jawapannya, bagi tahu saya'. Saya minta diri dulu. Akmal keluar daripada rumah Solehah dalam keadaan yang serba salah. Dia tidak mahu bercakap yang berlebih-lebihan dan melakukan perkara yang boleh mendatangka fitnah. Dia segera pulang ke rumah.


'Awak pergi mana tadi?'. Aisyah bertanya sesuatu kepada Akmal.


'Saya berjoging tadi'. Akmal bercakap dengan yakin agar isterinya tidak mengesyaki apa-apa tentang dirinya.


'Kenapa tak ajak saya tadi?, nanti ada masa, kita joging sama-sama yup!'. Aisyah menyiram pokok kesayangannya di sekeliling rumahnya sambil memandang Akmal.


'Ok sayang'. Akmal mengiyakan kata-kata isterinya itu.


**********************************************************************************


tuk! tuk! tuk!. Pintu rumah Akmal bergegar diketuk Seseorang.


'Siapa tu?' Akmal memandang isterinya, Aisyah.


'Entahla'.  Aisyah bersuara cemas.


Akmal berlari ke pintu lalu dibukanya pintu tersebut. Kelihatan dua orang polis sedang tercegat di pintu rumahnya.


'Awak Akmaluddin bin Fauzi?'. Polis itu menyoal Akmal.


'Ya, saya Akmal, kenapa encik?'.


'Awak dituduh  berzina di rumah saudari Solehah di nombor sekian..sekian..'.Polis itu menjelaskan kedatangannya kepada Akmal.


'Mari ikut kami ke balai'. Polis itu menambah.


'Astagfirullah, ini semua fitnah encik, saya tak pernah berzina dengan Solehah!'. Akmal terkejut dengan tuduhan fitnah tersebut.


'Kita settle di balai'. Polis tersebut menggari tangan Akmal.


'Aisyah! Aisyah! ini semua fitnah.' Akmal memandang ke arah Aisyah, Aisyah kebingungan dan begitu terkejut, dia segera menyabarkan suaminya itu.


'Saya akan bantu abang!!'. Aisyah bersuara kuat tatkala suaminya dibawa pergi menaiki kereta proton waja itu. Mereka menghilang di bawa arus hujan yang lebat.


Cerita Akmal ditangkap polis tersebar ke seluruh pelusuk kampunganya, jiran-jirannya, saudara maranya malah tidak ketinggalan keluarganya juga turut terkena tempiasnya. Isterinya juga seolah-olah mempercayai Akmal telah melakukan kesalahan tersebut kerana bukti yang beliau pergi ke rumah Solehah telah dirakam oleh 'si pengkhianat' yang telah diupah.


Akmal kini dipenjara, dia dimasukkan ke dalam penjara tanpa bukti yang sah, Malah dia juga turut didedahkan dengan rakaman video seks yang tidak masuk akal mengatakan dia telah melakukan hubungan terkutuk itu bersama Solehah. Ujian yang datang benar-benar menguji dirinya.


Keluarganya seolah-olah memulaukan beliau, beliau terperosok dalam penjara dalam keadaan terasing, hanya harapan yang begitu besar disandarkan kepada Allah. Kini, dirinya ditarbiahkan Allah melalui tiang sel yang gelap. Penuh dengan pengkhianatan manusia yang berkepentingan. Aisyah cuba mencari bukti bahawa suaminya tidak bersalah. Kadang-kadang Aisyah juga seolah-olah berputus asa kerana bukti yang dicari tidak cukup mematahkan hujah rakaman video yang mengatakan Akmal telah pergi ke rumah Solehah.  Perbicaraan Makhamah akan dimulakan pada besok hari. Akmal berdepan dengan maut!.


**********************************************************************************


'Yang Arif, tiada bukti yang sah mengatakan bahawa anak guaman saya bersalah'. Peguam bicara Akmal, En. Aki Din sedang mengemukakan persoalan kepada Hakim.


Kelihatan ramai sekali wartawan dan juga saudara mara Akmal datang untuk melihat sendiri perbicaraan kes ini. Aisyah dan Solehah juga turut hadir untuk menjadi saksi. Malangnya, mereka berdua di pihak yang berbeza. Aisyah di pihak suaminya manakala Solehah di pihak mempertahankan dirinya bahawa dia benar-benar dirogol oleh Akmal!


Solehah naik ke pentas saksi untuk mengemukakan hujah bahawa Akmal telah memperkosanya.


'Yang Arif, Dia telah datang ke rumah saya dalam keadaan berseorangan, waktu itu pembantu rumah saya sedang berada di dapur, dia tanpa pengetahuan saya, dia telah naik ke tingkat atas yakni di mana bilik saya sedang diami. Dia kemudian telah masuk ke bilik saya dan..dan..dia telah memperkosa saya'. Solehah mengemukakan hujah.


'Fitnah'!'. Teriakan daripada saudara mara Akmal jelas kedengaran dalam Makhamah tersebut.


'Dia sebenarnya sudah menyukai saya agak lama, lalu dia berikan saya surat kepada saya mengatakan lelaki saya, Amir menyuruh saya berkahwin dengannya'. Solehah menambah.


Suasana gamat dalam Makhamah memanaskan lagi kes perbicaraan tersebut. Aisyah terkejut dengan reaksi Solehah. Selama ni Aisyah selalu memuji Solehah, namun kini dia adalah musuh yang nyata.


Giliran Aisyah menjadi saksi untuk mengemukakan hujah bahawa suaminya tidak bersalah.


'Yang Arif, suami saya bukanlah jenis orang yang suka bercakap berlebih-lebihan dengan perempuan, malah dia amat pemalu sekali dengan wanita. Dia akan berasa kasihan dengan golongan wanita yang ditindas. Malah, suami saya juga amat baik dengan arwah suaminya, Amir. Saya percaya, suami saya tidak akan berbuat perkara terkutuk ini!'. Aisyah merenung wajah suaminya di sudut sisi makhamah.


'Saya ada bukti kuat untuk mengatakan bahawa Suami saya tidak bersalah'. Saya bawakan pembantu rumah Solehah untuk memperjelaskan segala-galanya.'. Mata Solehah membundar bulat. Dia kini begitu terkejut dengan kedatangan pembantu rumahnya sedangkan dia telah mengupah orang untuk membunuh pembantu rumahnya itu, namun atas kuasa Allah, pembantu rumah itu dapat melepaskan diri dan berlari ke rumah Aisyah.


'Yang Arif, saya mengaku dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang, Tuhan sekalian Alam bahawa Pak Akmal tidak bersalah.' Dia datang hanya untuk menyerahkan surat dan pulang setelah menyerahkan surat itu, saya tak nampak pula dia naik ke atas untuk ke bilik Pn. Solehah'. dia......


'Sudah'. Solehah bangun. Dia menangis teresak-esak.


'Saya sangat sayangkan Amir, dia adalah segala-galanya bagi saya, dia jiwa saya, saya sayang dia, tapi lepas dia sudah tinggalkan saya untuk selama-lamanya, hati saya jadi berdendam dengan Akmal. Kalau dia tidak mengajak Amir berjalan kaki ke masjid, sudah tentu perkara begini tidak akan berlaku.  Apabila Akmal datang ke rumah saya, saya cuba jadikan ruang itu untuk mempersalahkan Akmal dan ingin mengheret dia ke muka pengadilan. Saya menyuruh orang merakam tindak tanduknya. Sebab itu saya suruh pembantu rumah saya membuka pintu rumah 10 minit selepas itu'. Solehah meluahkan isi hatinya.


Makhamah yang bertukar panas tadi menjadi suram semula, ada yang menangis, ada yang marah dan pelbagai lagi reaksi muka daripada saudara-mara Akmal dan hadirin yang datang ke perbicaraan makhamah tersebut.


'Allah Maha Penerima taubat Solehah, dia tidak akan meninggalkan kamu, kemapunan-nya medahului kemurkaannya'. Akmal bersuara dari hujung sisi makhamah.


Solehah terdiam, dia terduduk lalu menangis tersak-esak. Aisyah datang memeluk beliau.


Sabar ya Ukhti, setiap manusia pernah melakukan kesalahan dan tidak akan terlepas daripada melakukan dosa. Mari kita bina hidup baru. Ana sedia membantu Ukhti.


*********************************************************************************


'Kenapa awak tak tinggalkan saya waktu saya kena fitnah'?. Akmal bertanyakan Aisyah sesuatu.


'Saya tak sanggup kehilangan awak'. Aisyah memandang manja ke arah Akmal.


'Ei..ayah buat apa tu'. Kelihatan anak Akmal, shafie dan syamsul sedang melihat ayahnya sedang bermesra dengan ibunya.
 
'Ooo anak ayah, mari sini pie, sul..'. Akmal menyambut anaknya itu lalu mencium mereka.


'Dah besar dah anak ayah, nanti bila dah besar, jadi anak yang soleh ye'. Akmal memberikan pesanan kepada anaknya itu.


'Pie nak jadi macam ayah, nak kuat macam ayah'. Anak Akmal Pie memeluk ayahnya itu.


Perangai mereka berdua tidak tumpah seperti ayahnya, Akmal.


'Saya serahkan kat awak untuk mendidik anak kita menjadi muslim yang berguna'. Akmal sudah bersiap sedia untuk keluar bertugas sebagai seorang guru di Sekolah Rendah Bangi berdekatan tempat beliau menyambung pelajaran setelah pulang dari Mesir iaitu Institut Pendidikan Guru, Kampus Pendidikan Islam, Bangi.


'Baik bang, saya pegang janji awak'. Aisyah bersuara lembut.


Dahi Aisyah dikucupnya dan ditinggalkan Aisyah dan anak-anaknya di rumah. Dia kini gembira dengan kerjayanya untuk mentarbiyah anak-anak kecil mengenal Allah, malah tidak sesekali dia berputus asa dalam menjadi seorang guru yang mencari redho-Nya.


*************************************TAMAT**************************************

No comments:

Post a Comment