PETIKAN SYAIR

'SaudaraMu yang sebenarnya ialah orang yang berada besertamu dan orang itu mengorbankan dirinya sendiri dalam bahagia, semata-mata untuk kemanfaatan dirimu. Itulah sahabatmu, yang apabila kamu dalam keadaan bimbang, ia sentiasa mengatakan secara terus terang kepadamu serta rela mencurahkan tenaga dan kekuatannya semata-mata untuk berkumpul denganmu'

Tuesday 26 April 2011

K-POP VS IMAM MUDA


Assalamualaikum, apa kabar iman? masih segar atau layu? Bagaimana kehidupan di IPG KPI? selesa? saya harap kita sebagai warga pendidik dapat melahirkan rasa syukur kepada Allah kerana diletakkan dalam suasana Bi'ah solehah di IPG KPI.

Hari ini saya ingin berkongsi tentang budaya K-POP yang semakin 'menggila' dalam kalangan remaja di Malaysia, tidak ketinggalan juga budaya ini semakin menular di universiti dalam kalangan Mahasiswa dan Mahasiswi yang terpelajar.

Apa itu K-POP? mungkin dalam kalangan mereka ada yang sudah mengetahui makna K-POP tersebut. Bagi yang belum mengetahui, K-POP bermaksud KOREAN POP. Ramai dalam kalangan remaja di Malaysia tergila-gilakan artis dari Korea ini. Lebih mendukacitakan lagi, ada yang sanggup melakukan perkara negatif semata-mata terlalu 'taksub' dengan artis dari negara  Asia Timur itu.

Ya, K-POP sudah pun 'beraksi' di Malaysia dan ramai artis dari negara Korea itu 'turun padang' di Stadium Bukit Jalil baru-baru ini. Kehadiran penonton juga amat mengejutkan kerana stadium penuh sesak. Tiket juga ibarat 'goreng pisang panas', Kehadiran penonton juga berbilang kaum dan ada juga dalam kalangan mereka yang beragama islam dan memakai tudung menyaksikan persembahan tersebut.

Lihat sahaja di dada akhbar tempatan yang banyak mengulas tentang 'fenomena K-POP' di Malaysia. Ada dalam kalangan mereka yang bersedih dan muram kerana tidak dapat menyaksikan artis kegemaran mereka secara lebih dekat. Ada juga dalam kalangan mereka yang sanggup berbelanja beribu-ribu ringgit semata-mata mahu membeli 'special sit' dengan niat untuk menatap wajah artis kesayangan mereka secara dekat itu selama 2-3 jam.

Islam itu bukanlah agama yang mengharamkan hiburan, namun dalam berhibur, sudah pasti ada batas syariat yang ditetapkan bagi menjaga kemaslahatan umat daripada terjebak ke kancah maksiat. Lihat sahaja sesetengah daripada mereka yang 'taksub' kepada artis K-POP ini. Mereka sanggup tidak  makan kerana tidak dapat berjumpa dengan artis kesayangan mereka, ada juga yang mahu membunuh diri kerana tidak dapat berjumpa dengan artis kesayangan mereka itu. Nauzubillah.





Sungguh hebat pengorbanan mereka semata-mata mahu berjumpa dengan artis pujaan, wang ringgit dibelanjakan, masa juga dikorbankan, buku-buku dan poster diletakkan di setiap ruang sudut bilik bagi menunjukkan 'kasih-sayang' mereka kepada artis pujaan itu. Sehinggakan mereka juga mampu membuat bisness dengan menjual lagu-lagu K-POP.

Kreatif sungguh mereka! saya juga secara jujur menghormati budaya kreatif mereka untuk berbisness tetapi jika difikirkan semula, Adakah budaya K-POP ini selaras dengan islam? Banyak perkara yang berlaku, pembaziran tidak terkira, masa dan harta dikorbankan bukan ke jalan untuk mendekatkan diri kepada Allah. Setiap detik dan saat, gambar artis pujaan di 'lekatkan' dalam pemikiran apabila melihat poster-poster di bilik. Warna rambut dan penampilan di ubah semata-mata ingin membuktikan rasa minat dan sayang kepada artis pujaan mereka.

Alangkah baiknya jika budaya ini diislamisikan dan ditukar menjadi budaya Islam. Mereka rela berkorban harta dan masa untuk islam, duduk dalam pengajian berjam-jam untuk mendengar ceramah dan majlis ilmu. Lebih mulia bukan? Apabila mati di majlis ilmu maka ulama menetapkan mati syahid tetapi jika mati di majlis K-POP? fikir-fikirkanlah duhai remaja..

Jika mereka berjaya menjadikan Rasulullah sebagai idola, sudah tentu mereka akan terfikir betapa mulianya nabi kita itu daripada artis K-POP yang mereka dambakan itu. Jika artis K-POP itu kacak dan bergaya, Rasulullah juga lebih hebat dan kacak daripada itu. Mungkin kita terlupa artis K-POP itu manusia yang akan mati jua kelak, mereka tidak mampu membimbing anda untuk mengenal Allah, tetapi mereka secara pasti membawa anda ke jalan yang samar-samar, dan tidak ada kepastian.

Jadi, wahai remaja sekalian, ingatlah, saya tidak menyatakan secara terus terang bahawa K-POP itu haram dan sebagainya tetapi apabila meminati seseorang, fikirkanlah dahulu kesannya kepada diri. Adakah orang yang disukai itu mampu membawa kita ke syurga? adakah orang yang kita sukai dan taksub itu mampu membawa perubahan kepada diri kita?


Jika ya, maka tidak salah menyukai seseorang artis. Jika di Malaysia, kita ada IMAM MUDA. Mereka juga seperti K-POP tetapi budaya yang mereka ingin bawa berbeza sekali. Malah program IMAM MUDA lebih baik daripada segi ISLAMIKNYA walaupun ada sesetengah golongan yang mengkritiknya. Bagi saya, program imam muda mampu mengubah minda dan persepi masyarakat untuk mengenali 'wajah islam' itu. Tidak percaya? masakan tidak percaya, program tersebut telah mendapat liputan meluas dalam Malaysia mahupun Luar negara, Malah, program ini mampu menarik minat anak-anak muda untuk 'meniru' aksi dan perbuatan mereka.

Jadi, mana satu pilihan anda? K-POP? IMAM MUDA? ataupun ISLAM?





No comments:

Post a Comment