PETIKAN SYAIR

'SaudaraMu yang sebenarnya ialah orang yang berada besertamu dan orang itu mengorbankan dirinya sendiri dalam bahagia, semata-mata untuk kemanfaatan dirimu. Itulah sahabatmu, yang apabila kamu dalam keadaan bimbang, ia sentiasa mengatakan secara terus terang kepadamu serta rela mencurahkan tenaga dan kekuatannya semata-mata untuk berkumpul denganmu'

Friday 29 April 2011

MUHASABAH DIRI: INGAT MATI MAMPU UBAH DIRI!


 Kematian itu pasti mengunjungi manusia sama ada manusia itu mahu menerima atau tidak, sudah pasti satu saat pun Allah tidak akan melengahkan kematian jika waktu itu waktu 'berakhirnya' hayat seseorang si fulan atau si fulanah di dunia ini.

Amat sukar untuk mengingati mati, justeru untuk post kali ini saya ingin membincangkan sedikit perkongsian tentang kematian itu untuk sama-sama kita bermuhasabah diri dan istikomah dalam setiap perkara yang kita lakukan demi islam yang tercinta.

Sudahkah anda merasai azab sakaratul maut? sudah tentu jawapannya tidak kerana anda tidak merasai lagi azab kematian itu. Hanya orang yang telah mati yang sudah tahu betapa pedihnya sakaratul maut itu melainkan orang yang mati syahid kerana berjuang di jalan Allah. Mereka tidak merasa kesakitan akibat sakaratul maut dan beberapa jenis manusia lagi yang terlepas daripada sakaratrul maut yang menyakitkan.

Apabila dikenang semula sejarah nabi kesayangan kita, Muhammad s.a.w, sudah tentu anda sudah terbayang betapa peritnya baginda merasai sakaratul maut. Baginda mengerang kesakitan yang teramat sangat walaupun cara dicabut nyawa baginda paling lembut dan beradab. Namun, baginda tetap merasai sakitnya sakaratul maut itu. 

Sayangnya nabi kepada kita tidak terkira sehinggakan baginda mahu 'menanggung' azab sakaratul maut umatnya sendiri. Cinta sekali nabi kepada umatnya. Allahuakbar!.  Cuba bayangkan jika anda merasai sakaratul maut itu sendiri? terfikirkah anda untuk 'menanggung' sakaratul maut keluarga anda? sahabat anda? jika Allah izinkan anda menanggung sakaratul maut itu mereka? 

Kita susuri pula kisah Khalifah Umar Abdul Aziz. Beliau merupakan khalifah yang benar-benar alim, warak,dan sangat takutkan mati. Jika dikorepsi perjalanan hidup beliau, sudah tentu para pengkaji riwayat hidup beliau amat kagum dengan personaliti hidupnya yang begitu baik dan boleh dijadikan contoh terbaik kepada pemimpin dunia Islam sekarang.

Pernah dalam kehidupan beliau mengumpulkan ramai fukaha semata-mata untuk bersama-sama mengingati mati sehinggakan beliau sendiri seakan-akan terlihat mayat di hadapan beliau. Beliau juga pernah menangis teresak-esak kerana teringatkan kematian. Apabila beliau berjalan di kuburan, beliau terdengar suara kubur memanggil, 'wahai umar, tahukah kamu bagaimana proses manusia itu diluputkan'? lalu suara tersebut menceritakan 'proses' perluputan tersebut. 

Lalu apa jadi kepada Umar? Ya, Umar berlari-lari tidak tentu hala, beliau menangis lalu pengsan. Umar juga kerap pengsan akibat banyak mengingati mati. Persoalan yang perlu dikaji, apakah kesan pemerintahan Umar apabila beliau terlalu dekat kepada Allah dengan mengingati Mati? 

Saya terpanggil untuk mengulas sedikit perkongsian mengenai cerita Khalifah Umar ini. Sebelum dilantik menjadi khalifah, kehidupan beliau jauh berbeza. Beliau seorang yang berisi dan seorang yang  sangat kaya raya. Apabila ditakdirkan menjadi khalifah beliau menjadi sangat kurus dan sangat miskin sedangkan rakyat beliau kaya raya.

Sudah tentu kerana 'effect' mengingati mati dan amanah yang terpikul mampu membentuk 'jiwa dan personaliti' seseorang untuk menjadi mukimin yang cemerlang. Jika dikelas, kita sudah belajar kemahiran berfikir, jadi mari kita gerakkan fungsi akal kita untuk berfikir tentang kesan pemerintahan Umar yang selalu mengingati mati.

Bukankah dengan mengingati mati, Khalifah Umar jadi lebih bertanggungjawab? lebih berdisiplin? lebih mesra rakyat? utamakan rakyat? dan sebagainya perkara yang mahmudah? 

Bagi sesiapa yang telah 'ditarbiyahkan' Allah untuk mengalami peristiwa seakan-akan 'hendak mati' sudah pasti anda akan rasa bersyukur kerana masih lagi diberikan peluang untuk terus hidup dan berbakti pada-Nya. Anda akan cuba menambahkan amal ibadat anda dan cuba mengelakkan perkara yang sia-sia. Iya kan?

Mengingati Mati itu mampu mentarbiyah seseorang menjadi mukmin yang cemerlang disamping membina personaliti seseorang menjadi lebih mantap dan bersedia ke hadapan. Anda setuju?















 

No comments:

Post a Comment