PETIKAN SYAIR

'SaudaraMu yang sebenarnya ialah orang yang berada besertamu dan orang itu mengorbankan dirinya sendiri dalam bahagia, semata-mata untuk kemanfaatan dirimu. Itulah sahabatmu, yang apabila kamu dalam keadaan bimbang, ia sentiasa mengatakan secara terus terang kepadamu serta rela mencurahkan tenaga dan kekuatannya semata-mata untuk berkumpul denganmu'

Wednesday 27 April 2011

SLOT CERPEN: Takdir atau kebetulan? (episod 2)

 Oleh: Diari Hati, PPISMP 2.01

   Keeseokan harinya, jadualku adalah bangun diawal pagi. Jika diizin-Nya, sesi taqarrub ilallah akan aku laksanakan. Ditemani bulan yang menyinar, angin yang sepoi menyapa, gemersik alunan serangga, aku melangkah menggunakan nikmat yang diberikan oleh Allah ini untuk ke rumah-Nya. Aku tidak mahu kaki ini akan berbicara di depan Yang Maha Esa tentang perkara apa yang aku lakukan. Aku mahu kaki ini menceritakan tentang kebaikan yang dilakukan olehnya. Aku tidak sanggup jika dipersoalkan ke manakah kaki ini digunakan??Soalan itu sering berlari-lari di dalam kotak fikiranku. Jauh di sudut hatiku, adakah aku mampu mencontohi ‘Insan Kamil’.
          Ku lihat jam yang melekat di pergelangan tanganku, tidak sedar bahawa aku telah 2 jam merendahkan egoku, menurunkan nafsuku, menghadap Yang Maha Perkasa. Setiap pengakhiran layarku, akanku berdoa sesungguhnya. lantas aku mengangkat tangan dan dihadapkan ke mukaku. Mengadulah aku kepada-Nya.
          Dalam kesyahduan malam itu, sepasang tangan menyentuh bahuku. Tersentak aku dari lamunan.
“Abang Faris..seronoknya abang berdoa..” Ujar Hafy.
Lantas aku mengesat mutiara-mutiara kecil yang singgah dipipiku. Aku membalas,”Hafy…Hafy…Suka sangat buat akhi terkejut…Kalau ada sakit jantung ni…confirm out punyalah..”
“Ish…ke situ pulak abang ni…Hafy tadi terjaga..tu yang terus datang sini…” Balas Hafy dengan senyuman yang terukir dibibirnya.


“Dah makan??”, Balasku ringkas.
“Makan pe??, Pagi-pagi buta ni nak makan apa?? Abang menggigau ke??” Tanya Hafy kebingungan.
“Makan manisan…Pagi-pagi macam ni perlu makan manisan…” Jawabku ringkas diikuti senyuman terukir dibibirku.
“Gula-gula??.” Ujar Hafy.
“Hafy…Hafy…’halawatul iman’ la…Dah solat??” Tanyaku kepada Hafy.
“Ohhh…’halawatul iman’ rupanya…ingatkan gula-gula…Hafy dah solat tadi…kat atas….Hafy nampak abang kat bawah…” Jawab Hafy ringkas kepadaku.
“Ni dah kira mengintip akhi ni…akhi tak perasan pulak..” Tanganku pantas memegang bahu junior ku.
          Begitulah kemesraanku bersama junior sekolahku. Tempat yang selalu ku bergurau senda bersama mereka ialah ketika di musolla dan tidak kurang hebatnya juga di dewan makan. Terdetik jauh disudut hatiku, adakah sanggup aku tinggalkan madrasahku ini untuk meneruskan pelayaranku sebagai seorang pencinta ilmu. Soalan itu ku biarkan terawang-awang dibenak fikiranku. Aku bersama Hafy naik semula ke asrama untuk mengejut sahabat-sahabat yang lain.
         
"الله اكبر الله اكبر....."
"الله اكبر الله اكبر....."
            Seruan azan lunak berkumandang. Dengan pantas aku melangkahkan kakiku ke rumah-Nya untuk bersujud menghadap Yang Maha Kuasa. Tenang rasanya hati ini apabila bangun malam semata-mata untuk beribadah kepadanya. Seperti biasa, pelajar Sekolah Agama Menengah Tanjung Keramat (SAMTK) akan membaca al-Quran secara beramai-ramai satu muka setiap hari bagi mengisi kekosongan masa yang ada. Bak kata-kata hikmah arab,"الوقت كالسيف إذ لم تقطَعَهُ قَطَعَكَ"  yang membawa maksud: “waktu itu umpama pedang, jika kita tidak memotongnya, ia akan memotong kita”.
          Di dalam surah al-a’sr ayat 1-3 juga Allah telah berfirman, maksudnya “demi masa, sesungguhnya manusia di dalam kerugian, melainkan orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran.”
          Seterusnya, kakiku melangkah dengan tenang ke medan perjuanganku. Hari ini merupakan hari isnin. Seperti biasa, aku akan berpuasa sunat jika tiada perkara yang menghalangku. Pada waktu sebegini, pelajar SAMTK ada dua tempat yang akan dituju. Pertama, mereka akan pergi ke dewan makan untuk menikmati hidangan alas perut. Yang keduanya, mereka akan bergerak terus ke kelas masing-masing bagi yang berpuasa. Jadi aku memilih untuk bergerak terus ke kelas.

          Dalam kenikmatan memerhati alam yang terbentang, terbayang di dalam fikiranku tentang kedahsyatan ‘Hari Pembalasan’. Teringat aku pada surah Al-Qiamah (ayat 7-ayat 12). “Maka (Jawabnya: hari kiamat akan datang) apabila pemandangan menjadi terpendar-pendar (kerana gerun takut), Dan bulan hilang cahayaNya, Dan matahari serta bulan dihimpunkan bersama, (maka) pada hari itu, berkatalah manusia (yang ingkarkan hari kiamat): "Ke manakah hendak melarikan diri?, Tak usahlah bertanya demikian! tidak ada lagi tempat perlindungan!. Pada hari itu, kepada Tuhanmu lah sahaja terserahnya ketetapan Segala perkara”. Terasa aku akan kegerunannya. Sedangkan dosaku umpama pepasir dilautan.
          Aku terlihat pemuda berbaju kuning melangkah gagah menuju ke medan perang. Dari cara jalannya aku mengenali dirinya.
“Lukman!..” Panggilanku memecah kicauan burung.
Lukman menoleh ke belakang, “Yes Boss…” Jawabnya ringkas.
“Ish..kau ni ada-ada je…puasa ke??” Tanyaku ringkas.
“Tak lah…menahan diri dari lapar dan dahaga je…” Balas Lukman ringkas diikuti senyuman dibibirnya.
“Menahan diri dengan puasa tak sama ke ustaz??” Tanyaku kepada Lukman.
“Lain..menahan diri tu takrif puasa…puasa tu…puasa la…haha…” Gurau teman seperjuanganku itu.
“Kau ni memang nak kena ni…” Balasku sambil tanganku merangkul lehernya.
          Senyum tawa memecah kesyahduan pagi dan mengiringi kami ke medan pertama sebelum keluar menjadi seorang yang kamil nanti. Perjalanan antara asrama dengan bangunan sekolahku boleh dikatakan jauh juga. Dipertengahan jalan, kami disapa oleh suara yang kami kenali.
“Abang Faris!...Abang Lukman!...tunggu sekejap..” Teriak Hafy dari belakang.
“Bulan dah sampai…” Gurau Lukman.
“Bulan ko cakap??..ni bintang..bukan bulan..” Ujarku diiringi senyuman.
“Eh…Abang berdua puasa ke??” Tanya Hafy.
“Akhi berdua menahan diri sahaja..Hafy puasa tak??” Balasku ringkas.
“Sama la tu…ish...Hafy puasa..” Jawab Hafy.
“Nanti kita buka sama-sama ya..akhi belanja kat dewan makan..” Sakat Lukman.
“Ehm..yela...nanti Hafy belanja air dewan makan pulak..” Balas Hafy

          Aku tertawa melihat gelagat Lukman dengan Hafy ini. Ada sahaja yang nak dibebelkan. Kadang-kadang, masalahku hilang seketika apabila bersama mereka ini. Mana tidaknya, tidak kering gusi dibuatnya. Dalam kami berjalan itu, Aku bertanya pada Hafy.
“Hafy…Fahri mana??” Tanyaku ringkas.
Hafy menjawab,”Fahri dah pergi lagi awal daripada kita.”
Aku bertanya,”Awalnya..kenapa Fahri pergi awal??”
“Dia nak ulangkaji pelajaran..dia pun rajin hafaz al-Quran bang..” Ujar Hafy.
“Ohh…kirim salam akhi pada dia nanti..” Balas aku dengan senyuman.
“Dengan Fahri je…Hafy tak ada ke? Sakat Hafy.
“Yela..Hafy sekali….” Tanganku pantas menarik cuping telinganya.
          Kemesraan jelas terjalin antara kami. Maka, Hafy pun bergerak menuju ke kelasnya. Bangunan kami dengan bangunan Hafy tidak sama. Kelas kami di tingkat 3 manakala kelas Hafy selang satu bangunan daripada kami dan ditingkat kedua. Kelibat Hafy sudah hilang daripada mata kami. Maka bermulalah perjuangan kami setiap hari sebagai insan yang sentiasa mencari dan yang ingin mengenali ilahi.


*************************************************************************************************

(bersambung…..)


No comments:

Post a Comment